T-Team Tampil Beri Respon, Mohon FMLLP Pertimbang Semula Hukuman Potong Mata

Jika semalam Tan Sri Annuar Musa telah bersuara bagi pihak Kelantan, kali ini pihak T-Team pula bersuara mengenai hal pemotongan mata.

T-Team antara pasukan yang dipotong mata diatas kesalahan melibatkan kegagalan menjelaskan bayaran gaji pemain, LHDN, KWSP dan juga Perkeso.

Namun begitu, CEO pasukan T-Team iaitu Aidi-Naim Mohamad Samsani telah mengeluarkan kenyataan di Facebook T-Team menjelaskan situasi sebenar.

Menurut beliau, pasukan T-Team sebenarnya telah menjelaskan bayaran yang tertunggak tempoh hari namun ianya dijelaskan sedikit lewat dari tarikh yang ditetapkan.

Gambar: T-Team

“Kesemua bayaran tertunggak itu sudahpun dijelaskan bulan lalu dan surat pengesahan KWSP diterima pada 27 April dan LHDN tiga hari selepas itu (30 April 2017).”

“Sememangnya ada sedikit kelewatan dalam mengemas kini Sistem Pengurusan Maklumat Bola Sepak (SPMB) dan MYPass, bagaimanapun kita telah pun memaklum perkara ini sebelum tarikh akhir diberikan oleh pihak FMLLP pada 31 Mac 2017.”

Menurut Aidi-Naim juga, kesemua masalah yang dihadapi ketika membayar tunggakan gaji telah pun diselesaikan dan ia tak akan berlaku lagi.

“Apa yang boleh saya katakan di sini, kesemua isu berhubung kelewatan pembayaran KWSP, Perkeso dan juga LHDN telah diselesaikan dan akan memastikan perkara sama tidak akan berulang pada masa akan datang.”

Di akhir kenyataan, Aidi-Naim berharap yang piham FMLLP akan memberikan pertimbangan mengenai tindakan pemotongan mata yang dikenakan kepada mereka.

Hal ini kerana, mereka telah berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan tunggakan tersebut mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh FMLLP.

Baca juga: Peminat Manchester United Ini Tulis Nama Keseluruhan Pemain Red Devils Dalam Tulisan Jawi

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN