VIDEO: Drogba Buktikan Sentuhan Beliau Masih Berbisa Dengan Sepakan Percuma Ini

Didier Drogba kini sedang bersenang-senang dengan hidupnya.

Berusia 39 tahun, beliau kini menjadi pemilik kelab bagi kelab United Soccer League iaitu Phoenix Rising di Amerika Syarikat.

Selain menjadi pemilik kelab, beliau juga menjadi pemilik kelab pertama di dunia yang menjadi pemilik-pemain bagi kelab bola sepak.

Terbaharu, beliau telah membuktikan kaki beliau masih lagi berbisa apabila menyelamatkan kelabnya dari kekalahan kepada Orange County.

Minit ke-94, Drogba hadir dengan menjaringkan sepakan percuma yang cantik untuk menewaskan penjaga gol dan menyelamatkan mata untuk pasukannya.

Sememangnya lagenda!

Leave a Reply