‘Instarich’, Cristiano Ronaldo Dibayar $400,000 Untuk Setiap ‘Post’

Instagram adalah antara aplikasi media sosial yang paling berpengaruh di dunia. Aplikasi yang berorientasikan perkongsian gambar ini menjadi lubuk untuk mencari duit oleh sesetengah orang.

Ini dengan menggunakan Instagram sebagai medium promosi perniagaan dan sebagainya. Sebelum ini ada istilah ‘instafamous’ yang merujuk kepada figura yang popular di instagram.

Kini Instagram turut menjadi gedung yang menawarkan duit kepada selebriti terkemuka untuk menggunakan aplikasi mereka.

Instagram telah membayar mereka dengan sejumlah wang yang agak tidak masuk akal untuk kita fikirkan. Antara yang menjadi perhatian adalah bayaran yang diterima oleh pemain bola sepak sensasi Cristiano Ronaldo.

Cristiano Ronaldo dibayar $400,000 untuk setiap ‘post’ belaiau di instagram. Ini sekaligus menjadikan beliau atlet sukan dan juga pemain bola sepak yang mendapat bayaran tertinggi di instagram.

Selain daripada Cristiano Ronaldo, seorang lagi personaliti sukan, LeBron James berada dalam kelompok 10 teratas.

Secara kesulurahannya, senarai 10 teratas didominasi artis Hollywood. Selena Gomez dan Kim Kardashian berada di tangga pertama dan kedua.

Berikut adalah senarai 10 teratas untuk personaliti yang dibayar paling tinggi untuk setiap ‘post’ mereka di instagram.

1. Selena Gomez – 122 juta pengikut – $550,000 per post
2. Kim Kardashian – 100 juta pengikut – $500,000 per post
3. Cristiano Ronaldo – 104 million juta pengikut – $400,000 per post
4. Kylie Jenner – 95 juta pengikut – $400,000 per post
5. Kendall Jenner – 81.7 juta pengikut – $370,000 per post
6. Khloe Kardashian – 68 juta pengikut – $250,000 per post
Kourtney Kardashian – 57.8 juta pengikut – $250,000 per post
Cara Delevingne – 40.4 juta pengikut – $150,000 per post
Gigi Hadid 34.7 juta pengikut – $120,000 per post
Lebron James – 30.7 juta pengikut – $120,000 per post

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN