Swansea City: “£50 Juta Untuk Sigurdsson, Bayar Atau Lupakan”

Nampaknya hasrat Everton untuk menandatangani Glyfi Sigurdsson mungkin akan dilupakan. Ini setelah Swansea memminta £50 juta untuk pemain tengah tersebut.

Swansea juga dilaporkan sudah menolak 1 bidaan rasmi daripada kelab EPL yang bernilai £40 juta. BBC melaporkan bidaan yang ditolak tersebut adalah dari Leicester City.

Sigurdsson musim lalu mempamerkan prestasi individu yang cemerlang. Beliau menjaringkan 9 gol dan 13 bantuan gol untuk membantu Swansea terselamat daripada penyingkiran.

Pada pertengahan musim lalu, Everton cuba memancing pemain tersebut. Namun Sigurdsson enggan keluar dari Swansea yang sedang bertarung dengan penyingkiran.

Sigurdsson menjadi pemain yang menerima gaji tertinggi dalam pasukan Swansea musim lalu selepas setuju menandatangani kontrak baru. Jadi, kontrak semasa beliau masih berbaki 3 tahun lagi.

Koeman mahu mendapatkan Sigurdsson untuk mengisi bahagian tengah pasukan beliau. Setakat ini Komen telah berbelanja lebih £100 juta untuk pemain-pemain baru.

Namun begitu, dengan Lukaku yang sah dijual ke Manchester United serta potensi ada pembeli untuk Barkley, Everton masih ada sumber kewangan yang lebih dari cukup untuk memenuhi tag harga yang dikenakan Swansea. Itupun jika mereka sanggup membayara £50 juta untuk Sigurdsson.

Sebagai info tambahan, Everton turut meletakkan £50 juta untuk nilai Ross Barkley. Buat masa ini, tiada kelab lagi yang benar-benar serius dikaitkan dengan Barkley.

Swansea bertegas dengan harga tersebut dan tidak mahu sebarang rundingan untuk mengurangkan harga yang telah ditetapkan oleh mereka.

Sumber:

BBC – http://www.bbc.com/sport/football/40550188

Leave a Reply