Rekod Negeri Sembilan Lebur Di Selayang, Kuala Lumpur Rampas Takhta Liga

Misi sama buat Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan apabila turun pada perlawanan kali ini untuk merebut kedudukan pertama dalam liga. Hanya perbezaan 3 mata memisahkan kedua-dua pasukan ini.

Bermain di tempat sendiri Kuala Lumpur membariskan kesebelasan utama terbaik setelah merehatkan beberapa pemain utama ketika menentang Perak dalam saingan Piala Malaysia hujung minggu yang lalu.

Separuh Masa Pertama

Perlawanan bermula sengit apabila seawal minit ke-3, Negeri Sembilan memberi amaran melalui tandukan Jonathan Henri hasil dari hantaran lintang Bruno Suzuki dari sebelah kiri pintu gol.

Kuala Lumpur FA

Akibat daripada asakan keras oleh Nik Shahrul keatas De Paula, berlaku sedikit insiden antara kedua-dua pasukan pada minit ke-8. Nik Shahrul dilayangkan kad kuning untuk terjahan tersebut.

Minit ke-10 menyaksikan Kuala Lumpur mendahului perlawanan apabila Gulherme De Paula menanduk cantik hantaran dari sepakan percuma Alejandro Dul. Kuala Lumpur mendahului Negeri Sembilan 1-0.

Setelah mendapat gol pertama, Kuala Lumpur terus mengsak melalui rangkaian serangan oleh Zhafri, Paulo Josue, Naim Nazmi dan juga De Paula.

Negeri Sembilan FA

Pada minit ke-14, pengadil perlawananan Wan Muhammad Tarmizi melayangkan kad kuning pertama kepada pemain Kuala Lumpur, Zaiful Abd Hakim setelah mengasari Shahirul Igwan dari arah belakang.

Kuala Lumpur meneruskan asakan dari arah kanan dan kiri gawang gol Negeri Sembilan namun ketangkasan Mohd Khaharudin di gawang menafikan peluang Kuala Lumpur untuk menambah jaringan.

Separuh masa pertama tamat Kuala Lumpur 1-0 Negeri Sembilan.

Separuh Masa Kedua

Bermula separuh masa kedua, Negeri Sembilan membuat pertukaran mengeluarkan pemain import baharu mereka, Jonathan Henri dan memasukkan Khairul Anuar Shahrudin.

Negeri Sembilan dilihat mula memperkemaskan serangan dengan Lee Tuck mengemudi hampir keseluruhan serangan Negeri Sembilan, dan dibantu oleh Bruno Suzuki serta Shahirul Igwan.

Lee Tuck hampir menyamakan kedudukan apabila sepakan percuma beliau pada minit ke 57 diselamatkan oleh penjaga gol Kuala Lumpur iaitu Kamarul Affendi.

Kuala Lumpur pula dilihat sekali-sekala membalas serangan melalui gandingan De Paula dan Josue.

Kelekaan Negeri Sembilan membawa padah apabila pada minit ke-76, De Paula sekali lagi menjadi duri dalam daging buat pasukan lawan.

Hantaran ‘back-heel’ beliau disambut cantik oleh Paulo Josue sebelum melakukan rembatan menewaskan Mohd Khaharudin. Kuala Lumpur 2-0 Negeri Sembilan.

Selang 2 minit kemudian Paulo Josue sekali lagi menambah koleksi jaringannya pada malam ini. Josue dengan tenang menggelecek penjaga gol Negeri Sembilan sebelum menjadikan kedudukan Kuala Lumpur selesa mendahului 3-0.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Negeri Sembilan mulai melakukan serangan dan pada minit ke-82, rembatan cantik Bruno Suzuki menewaskan Kamarul Affendi hasil hantaran lintang Lee Tuck.

Perlawanan mula menjadi panas setelah aksi bertalu-talu serangan oleh Negeri Sembilan diselangi dengan terjahan-terjahan keras oleh pemain kedua-dua pasukan.

Pada minit ke 89, Negeri Sembilan memperoleh gol kedua setelah hantaran lintang Shazlan menemui Farderin Kadir untuk disudahkan dengan satu tandukan cantik.

Kedudukan kekal, Kuala Lumpur 3-2 Negeri Sembilan sehingga tamat.

Rumusan

Ini merupakan kekalahan pertama Negeri Sembilan di dalam saingan liga dan membolehkan Kuala Lumpur merampas takhta kedudukan 100Plus Liga Perdana daripada mereka.

Kuala Lumpur mendahului Liga Perdana dengan berkongsi mata bersama Negeri Sembilan iaitu 32 mata tetapi dibezakan dengan perbezaan jaringan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN