Kisah Cikgu PJK Bernama Rinus Michels Yang Mengubah Bola Sepak Dengan Total Football

Hari ini, 16 Mei adalah Hari Guru diraikan di negara kita bagi menghargai golongan pendidik. Ada beberapa nama jurulatih di dunia ini yang merupakan bekas guru. Namun kali ini kami bercerita tentang guru PJK bernama Rinus Michel.

Rinus Michel

Siapa tak kenal dengan nama ini? Digelar bapa bola sepak Belanda dengan idea beliau mencipta total football di Ajax yang kemudiannya dimahsyurkan di Belanda dan dikenali seluruh dunia. Total football boleh dikatakan menjadi salah satu ‘duta’ negara Belanda.

Rinus Michels adalah pemain legenda Ajax dan beliau merupakan pemain 1 kelab. Beliau ada rekod 122 gol bersama Ajax dalam 264 penampilan daripada 1946-1958.

Selepas bersara daripada bola sepak, Rinus menjai guru di sebuah sekolah di Beanda. Beliau menjadi guru pendidikan jasmani (disebut guru PJK di negara kita). Beliau mengajar di gym para pelajar gimnastik.

Beliau kemudian meneruskan karier ke fasa baru sebagai jurulatih dan menggantikan Vic Buckingham ketika pasukan Ajax dalam krisis prestasi.

Ketika di Ajax beliau menerapkan konsep total football untuk mengatasi tatktikal catenacio era 60-an yang ketika itu sangat sukar dikalahkan. Rinus Michels menjadikan falsafah ‘tactician’ Inggeris Jimmy Hogan sebagai rujukan.

Hogan yang pernah mencipta bola sepak menyerang pada awal 1900-an yang digelar Danubian Schools.

Jimmy Hogan mewarisi falsafah daripada Hugo Meisl. Di mana Jimmy Hogan pernah menjadi pembantu beliau.

Hogan menegaskan disiplin taktikal bola sepak yang berasaskan stamina dan pergerakan yang pelbagai di dalam padang. Strategi Hogan ini tiba di Belanda dengand dibawa oleh pembantu beliau Jack Reynolds.

Reynolds mengendalikan Ajax Amsterdam pada 1915-1947 dan beliau mulai menyemai benih-benih dan fundamental kepada total football. Beliau menjadikan pemain sayap sebagai penyerang. Sebelum ini pemain sayap lebih kepada penghantar bola.

Salah seorang anak buah Reynold yang paling cemerlang adalah Rinus Michels. Michels sangat menghormati dan menghayati tatikal bola sepak menyerang dan percaya bola sepak itu harus dimainkan sebaiknya dengan cara itu.

DNA total football di Ajax

Ketika menjadi jurulatih Ajax, Rinus Michels memberitahu pemain-pemain beliau yang mereka akan bermain “totaalvoetbal” (total football). Taktikal ini memberikan banyak kejayaan kepada Ajax pada era 1960-an sehingga 1970-an.

Nama-nama seperti Cruyff dan Neskeen antara 2 nama yang menjadi popular dan saling melengkapi. Dengan asas total football, Ajax memenangi 3 UCL secara hatrik, 1971, 1972 dan 1973.

Taktikal ini telah dipromosi secara ekslusif oleh Belanda pada Piala Dunia 1974. Pasukan yang digelar clockwork orange. Ini kerana mereka bekerjasama sebagai satu pasukan seperti gear di dalam jam.

441-425 Training te Zeist van Nederlandse selectie o.l.v. Rinus Michels 21-5-1974

Walaupun Belanda kalah, mereka dianggap antara pasukan terbaik dalam sejarah Piala Dunia. Pasukan Belanda pada Piala Dunia 1974 dianggap pasukan paling malang untuk tidak menjuarai Piala Dunia dengan deretan nama bintang dan bakat serba boleh termasuk Johan Cruyff, Neeskens, Rensenbrink, van Hanegem, Krol, Haan, Suurbier, dan Rep.

Walaupun tidak lagi diuruskan Michels, namun DNA total football terus menjadi tunjang kepada kehebatan Belanda. Pada 1978, Belanda mara sekali lagi ke final Piala Dunia, namun tewas sekali lagi.

Peranan Cruyff sangat menjadi perhatian. Pemain yang diletakkan sebagai penyerang tetapi banyak bergerak ke kiri dan kanan dan bertukar peranan dengan rakan-rakan beliau. Apa yang kita panggil fluid football pada hari ini.

Pergerakan yang fluid ini menyukarkan pasukan lawan bermain dengan taktik kawalan ketat antara pemain (tight man to man marking) terutama sekali dalam catenacio.

Beliau memiliki pemain istimewa bernama Johan Cruyff yang selepas itu turut menyebarkan total football ke Barcelona. Dan menjadi tiang asas di La Masia sehingga ke hari ini. Rinus Michels sendiri pernah berbakti di Barcelona menjadi jurulatih.

Kejayaan Belanda 1988

Pada 1986, Rinus Michels kembali semula ke dalam pasukan kebangsaan Belanda. Dan pada 1988 beliau membantu Belanda menjuarai Piala Eropah. Beliau memiliki beberapa nama besar dalam pasukan termasuk Ronald Koeman, Ruud Gullit dan Van Baasten.

Total football telah mengembalikan bola sepak menyerang dengan seni bola sepak yang tinggi. Ungkapan Cruyff yang popular adalah:

“Penyerang adalah pertahanan pertama di dalam padang.”

Ini bermakna, pada fasa transisi kepada bertahan, pemain penyerang di hadapan akan menjadi pemain pertama yang akan menekan pasukan lawan.

Taktikal ini berasaskan serangan dengan pemain hanya ada posisi di atas kertas sahaja. Dalam padang, peranan setiap pemain adalah pelbagai.

Komunikasi di antara pemain sangat baik dan tidak kekok untuk mengambil posisi baru pada masa-masa tertentu. Mereka cuba mengekalkan bola dan menggerakkan bola dengan hantaran pantas secara bola rendah.

Untuk membentuk pemain yang memahami fungsi bertahan dan menyerang, Rinus Michels mengadakan beberapa sesi khas supaya pemain faham. Kini bola sepak bukan lagi mempertaruhkan teknikal dan fizikal semata-mata, sebaliknya kecerdasan pemikiran turut ditegaskan.

Ada 3 objektif utama yang ditekankan total football:

  1. Jauhkan bola daripada kawasan gol
  2. Banyakkan pintasan (interception)
  3. Kawal penyerang berbisa lawan

Total football berjaya membunuh catenaccio yang menjadi kebangaan Itali ketika itu. Pada 1972, Ajax dengan total football menang ke atas Inter yang mengamalkan catenaccio dalam final UCL.

Jadi, total football berjaya mengembalikan kepercayaan kepada bola sepak menyerang dan dilakukan dengan berseni.

Tahun berikutnya, sebuah lagi pasukan dengan taktikal catenaccio, AC Milan yang dibimbing oleh Nereo Rocco dibelasah oleh Ajax 6-0 dalam Piala Super Eropah.

Selepas itu semakin banyak pasukan menemui formula untuk mengatasi bola sepak yang digelar anti football itu sehingga Itali sendiri mulai bergerak kepada bola sepak yang lari daripada catenaccio. Mereka mulai membentuk sistem yang lebih menyerang dengan disiplin pertahanan.

Legasi

Selepas bersara daripada bermain bola sepak, Johan Cruyff telah menjadi watak penting dalam meneruskan dan memperkasakan total football. Beliau menjadi jurulatih di Barcelona.

Itu yang melahirkan variasi permainan termasuk free flowing football dan tiki taka di Barcelona. Malah hari ini Pep Guardiola walaupun sudah meninggalkan tiki taka, beliau mewujudkan Juego di Posicion. Namun, beliau tetap menyatakan falsafah bola sepak beliau tetap berasaskan falsafah Cruyff.

Tiki-taka menjadi taktikal yang memberikan kegemilangan kepada Barcelona dan juga Sepanyol. Sepanyol menjuarai Piala Eropah 2008 dan Piala Dunia 2010.

Walaupun hari ini, total football yang tulen dianggap sudah tiada, kerana peredaran zaman. Tetapi asas permainan yang bermotifkan bola sepak fluid, bola sepak menyerang, pertukaran posisi, peranan, memburu penguasaan bola dan banyak lagi elemen telah menjadi asas kepada banyak prinsip taktikal moden.

Itulah kisah Rinus Michels yang pernah menjadi guru sebelum menjadi jurulatih bola sepak yang mengubah landskap bola sepak dunia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN