Quantcast

BERITA

Patrick Viera Dakwa Tawaran Arsenal Sekadar Melepaskan Batuk Di Tangga

Patrick Viera dikatakan kecewa dengan tindakan pengurusan tertinggi Arsenal yang menghubungi beliau untuk menawarkan jawatan pengurus kelab London itu.

Menurut bekas kapten Arsenal ini, tawaran tersebut seolah-olah seperti sekadar melepaskan batuk di tangga kepada seorang bekas pemain.

(Photo by Shaun Clark/Getty Images)

Viera tampil sebanyak 406 kali untuk The Gunners sepanjang empat musim bersama kelab utara London itu. Sejak beberapa bulan yang lalu, nama Viera sering dikaitkan untuk menggantikan Arsene Wenger yang berundur selepas 22 tahun bergelar pengurus.

Bagaimanapun, Sky Sports antara media yang melaporkan bahawa pilihan No.1 Arsenal ialah penolong jurulatih Manchester City, Mikel Arteta.

Viera yang merupakan Ketua Jurulatih kelab Major League Soccer (MLS) di Amerika Syarikat bersama New York City FC dikatakan kecewa selepas melakukan perbincangan dengan pihak Arsenal.

. (Photo by Rebecca Naden – PA Images/PA Images via Getty Images)

Malah Viera bertanggappan perbincangan dan tawaran tersebut sebagai tidak serius, dan sekadar melepaskan batuk di tangga dengan menawarkan jawatan tersebut kepada salah seorang bekas pemain.

Bagaimanapun, bekas rakan sepasukan ketika di Arsenal, Thiery Henry tidak mendapat sebarang tawaran sepertimana Viera.

Nama lain yang turut hangat diperkatakan untuk ke Emirates ialah bekas pemain dan pengurus Barcelona, Luis Enrique.

Former France players Patrick Vieira and Thierry Henry

Bagaimanapun, niat oleh Arsenal itu terhalang selepas struktur bayaran yang dipinta oleh Enrique dikatakan mahal.

Arsenal dijangka akan bertemu dengan beberapa calon lain mulai minggu ini dengan harapan mampu memuktamadkan pengurus baharu sebelum sepak mula Piala Dunia 2018 pada 14 Jun akan datang.

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA - dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

atau Beri Sumbangan

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!