Sentuhan Bersama Jurulatih Import & Tempatan Ditagih Skuad B-23 Negara?

Ketika ini, nama calon jurulatih baharu skuad bawah 23 (B-23) negara menjadi perbualan hangat dalam kalangan peminat bola sepak negara sebelum saingan Piala Asia 2024 berlangsung dalam beberapa bulan lagi.

Apa tidaknya, terdahulu E. Elavarasan sah melepaskan jawatan beliau selaku pengendali skuad B-23 selepas berjaya mendapatkan slot buat Malaysia melayakkan diri ke saingan tersebut pada tahun hadapan.

Elavarasan juga sebelum itu menjadi kritikan ramai penyokong tempatan menerusi media sosial selepas corak permainan ditampilkan pasukan negara ketika itu tidak memberansangkan dalam setiap perlawanan dihadapi.

Malah, Malaysia juga tampil dengan sangat tidak konsisten ketika aksi kelayakan Piala Asia B-23 lalu walaupun pasukan tersebut dibarisi ramai pemain berkualiti.

Status Elavarasan kini, beliau sah akan kembali bersama Kim Pan-gon selaku pembantu jurulatih pasukan senior negara sambil kerusi pengendali utama skuad B-23 masih lagi belum diisi muka baharu.

Menurut Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) iaitu Datuk Noor Azman Rahman, beliau menyatakan gandingan membabitkan tenaga import serta tempatan bakal menjadi pertaruhan mereka untuk membimbing skuad B-23 tidak lama lagi.

Katanya, ketika ini segalanya sudah pun berada di peringkat terakhir dalam sesi pemilihan calon jurulatih baharu dan bakal dimaklumkan secara rasmi pada masa terdekat.

“Pemilihan dibuat Pengerusi Jawatankuasa Skuad Kebangsaan yang juga Datuk Presiden (Datuk Hamidin Mohd Amin), jadi eloklah biar Datuk Presiden yang umumkan nanti.

“Tapi saya boleh katakan ia sudah di fasa terakhir dan akan diumumkan dalam masa terdekat saja,” katanya menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.

Pastinya ramai yang mengharapkan calon pengendali skuad B-23 selepas ini tampil dengan lebih berkaliber setelah reputasi pasukan tersebut sedikit mengecewakan ketika era kejutulatihan Brad Maloney serta Elavarasan.

Beberapa nama jurulatih asing juga kini giat diperkatakan dalam kalangan penyokong tempatan seperti Kim Hak-bum dari Korea Selatan, Pau Martin Vicente yang sebelum itu bersama pasukan senior, serta pembantu pengendali skuad B-23 negara, Juan Torres Garrido.

Manakala nama-nama jurulatih tempatan juga tidak kurang hangat diperkatakan seperti Hairudin Omar, Nidzam Jamil, Nafuzi Zain, Noor Zaidi Rohmat, serta beberapa lagi.

Malah, nama Akmal Rizal Ahmad Rakhli juga kini menjadi desas desus dalam kalangan penyokong bola sepak negara, selepas bekas penyerang kebangsaan itu memuat naik foto beliau di Wisma FAM beberapa hari lalu menerusi akaun X.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN