‘Senjata Baharu NSFC’ – Matheus Alves Sedia Gegar Kembali Liga Malaysia

Matheus Alves pernah dianggap sebagai salah seorang penyerang paling tajam pernah beraksi di saingan Liga Malaysia. Malang sekali beliau hanya sempat menyumbang keringat beliau bersama Pahang selama semusim pada 2017, sebelum berhijrah ke Thailand dengan menyertai Chonburi FC pada tahun berikutnya.

Walaupun gagal memenangi sebarang kejuaraan bersama Pahang pada ketika itu, beliau sempat membantu skuad Tok Gajah mara ke perlawanan akhir Piala FA dimana Pahang tewas kepada Kedah serta membantu pasukan Pahang menduduki tempat kedua dalam saingan Liga Super 2017 di belakang JDT.

Berjaya menghasilkan 18 gol daripada 21 penampilan untuk skuad kendalian Dollah Salleh pada ketika itu cukup untuk menceritakan ketajaman sentuhan penyudah bintang dari Brazil itu.

Bagaimana Anda Boleh Hidupkan ‘Vibe’ Tonton Bola Di Kedai Mamak Bersama sooka

Sertai Negeri Sembilan FC

Selepas empat musim beraksi bersama beberapa kelab lain di rantau Asia, Alves kini kembali untuk menghantui pemain pertahanan pasukan lawan di Liga Malaysia. Kali ini penyerang berusia 28 tahun itu menyertai Negeri Sembilan FC.

Alves sah bergelar penyerang baharu Negeri Sembilan FC untuks saingan Liga Malaysia 2022 selepas diumumkan secara rasmi melalui rangkaian media sosial kelab tersebut sebentar tadi.

Pemain yang memiliki ketinggian 1.86m ini juga pernah beraksi bersama PT Prachuap, sebelum berkelana ke Korea Selatan bersama Chungnam Asan.

Alves dijangka akan digandingkan bersama seorang lagi penyerang import dari Ghana, Kossi Adetu yang turut diumumkan serentak dengan Alves sebentar tadi.

Kelibat kedua-dua pemain berkemungkinan akan diuji dalam satu perlawanan persahabatan menentang Selangor FC yang akan diadakan secara tertutup di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada malam ini.

Kedua-dua pemain penyerang dijangka akan digandingkan bersama pemain tempatan yang lain seperti Sean Selvaraj dan kapten pasukan, Zaquan Adha Abdul Razak pada musim ini.

Analisis Matheus Alves

Berikut pula adalah sedikit analisis yang pernah kami lakukan mengenai Alves ketika beliau beraksi bersama Pahang sebelum ini.

Alves adalah pemain no.9 moden. Beliau boleh digelar sebagai complete forward yang boleh menggelecek, mencipta peluang sendiri serta boleh menyudahkan hantaran dari rakan beliau.

Namun demikian, Alves adalah pemain yang tidak gemar terlalu berada di bahu pertahanan lawan sebagai target man klasik. Ketika bersama Pahang, Dollah Salleh menggunakan kecenderungan Alves ini dengan amat berkesan sekali, iaitu dengan mengarahkan Alves drop-deep di bahagian half space.

Matheus Alves celebrate Pahang goal during FA Cup quater final 1st leg match between Pahang FA and Johor DT at Darul Makmur Stadium on 1 April 2016. Photo by Muhammad Muslimi / www.asiana.my

Dalam perlawanan menentang PKNS selepas itu, mereka menggunakan pendekatan seperti ini dan Pahang menang 3-0.

Meskipun kemudian mereka tewas kepada JDT, Alves tetap menjadi ancaman utama dengan sistem ini.

Kemudian dalam perlawanan Piala FA di Kuantan taktikal sama digunakan. Ia adalah testimoni terkuat sistem ini memang sistem kegemaran Alves.

Anda boleh luangkan masa analisis perlawanan Pahang vs JDT (Piala FA – Suku Akhir 1).

Kredit: Axello Tact

Peranan Alves yang suka turun ke bawah (drop deep) di bahagian half space menyukarkan pertahanan JDT untuk mengekang beliau.

Anda boleh bayangkan Alves bermain seperti peranan Griezmann di Atletico Madrid. Setiap kali Alvies turun ke bawah di half-space, beliau memudahkan pemain di belakang untuk melakukan hantaran kepada beliau.

Pada masa yang sama dia boleh menjadi outlet atau pemberi bola kepada pemain di koridor kiri dan kanan beliau Dan tidak lupa beliau boleh bermain 1-2 dengan pemain pemain ini dengan segera.

Penutup

Bersama Negeri Sembilan, taktikal yang sama juga mampu dilakukan semula untuk memanfaatkan kelebihan yang dimiliki pemain ini. Pemain-pemain yang memiliki kepantasan seperti Sean Selvaraj, dan Zaquan – kedua-dua pemain sayap – amat penting untuk menjayakannya.

Oleh kerana itu, kami faham mengapa penyokong hoben jang hoben amat teruja dengan pengumuman ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN