Pemain Naturalisasi Singapura Dituduh Tukar Warganegara Untuk Elak Latihan Ketenteraan

Bagi yang mengikuti pertandingan Piala AFF 2020 di Singapura dan menyaksikan perlawanan sengit separuh akhir kedua di antara pasukan tuan rumah menentang Indonesia, maka Song Ui-young tidak perlu diperkenalkan lagi.

Song Ui-young adalah salah seorang pemain naturalisasi Singapura yang beraksi di bahagian tengah, dan melakukan debut bersama skuad kebangsaan negara itu di Piala AFF 2020 yang lalu.

Dalam perlawanan separuh akhir kedua menentang Indonesia yang berlangsung dengan tegang, Song Ui-young memastikan pasukan negara angkatnya itu terus berada di dalam saingan apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit akhir babak pertama perlawanan walaupun beraksi dengan 10 pemain.

Bagaimana Anda Boleh Hidupkan ‘Vibe’ Tonton Bola Di Kedai Mamak Bersama sooka

Gol penting Eui-young

Jaringan itu jelas membangkitkan skuad Sang Singa dalam perlawanan tersebut, apabila mendahului melalui jaringan Shahdan Sulaiman pada babak kedua perlawanan.

Menyaksikan tiga rakan sepasukan dilayangkan kad merah dalam perlawanan tersebut, dan nasib yang tidak menyebelahi mereka melalui sepakan penalti, Song Ui-young tetap berpuas hati jaringan beliau sekurang-kurangnya berjaya mencetuskan semangat melawan rakan-rakannya yang lain – walaupun kesudahannya disingkirkan oleh Indonesia.

“Sudah tentu saya gembira kerana ia adalah jaringan pertama saya untuk pasukan kebangsaan,” kata Ui-young dalam satu temubual bersala Goal Korea selepas pertandingan Piala AFF baru-baru ini.

“Tetapi pada ketika itu kami ketinggalan 0-1, dan seorang pemain menerima arahan keluar padang. Sebab itu saya fikir perlu untuk menaikkan semangat rakan sepasukan [dengan jaringan tersebut] untuk meneruskan perjuangan pada babak kedua.”

Walaupun tewas dalam perlawanan tersebut kepada Indonsia, bagi Ui-yong ia adalah pengalaman yang unik kerana meraih sokongan daripada penyokong Singapura, dan juga penyokong Korea Selatan.

Dituduh larikan diri

Keputusan Ui-yong untuk menyertai Singapura sebagai pemain naturalisasi pada mulanya tidak disambut dengan baik oleh penyokong bola sepak di Korea Selatan.

Malah ada yang bertanggapan Ui-yong bertindak sedemikian untuk mengelakkan diri atau mempunyai masalah untuk menghadiri kem khidmat negara ala latihan ketenteraan yang diwajibkan untuk semua rakyat lelaki di Korea Selatan.

Ia adalah satu program yang diwajibkan di oleh kerajaan Korea Selatan untuk setiap warganegara yang sudah berusia 21 tahun.

Mereka perlu melaporkan diri dan memberitahu bila mereka boleh menyertai latihan tersebut. Ia perlu dilakukan sebelum mereka menjangkau usia 28 tahun.

Program ini tidak boleh dikecualikan tanpa mengira status anda. Jika tidak, anda boleh dipenjara kecualilah anda mendapatkan pengecualian daripada kerajaan. Latihan ketenteraan ini mengambil masa selama 21 bulan ataupun hampir 2 tahun.

Sebelum ini rappers MC Mong tidak menghadiri latihan khidmat negara ini atas alasan mencabut gigi.

(Photo by Julian Finney/Getty Images)

Beliau dihadapkan ke mahkamah dan dihukum penjara 6 bulan, 1 tahun pemerhatian dan khidmat masyarakat kerana melengah-lengahkan penyertaan dalam program tersebut.

Penyanyi popular Yoo Seung Jun sanggup sebelum ini sanggup menukar kerakyatan beliau gara-gara mahu mengelak latihan ini. Ini kerana beliau perlu terus berada di dunia luar demi karier.

Bekas pemain Arsenal, Park Chu Yong terpaksa menukar kewarganegaraan beliau untuk menjadi penduduk tetap Monaco kerana tidak mahu menyertai program tersebut yang boleh mengganggu pembangunan karier bola sepak beliau. Maka tidak hairanlah keputusan Ui-yong turut dipandang serong apabila memilih untuk menyertai Singapura sebagai pemain naturalisasi.

Pendedahan Ui-yong

Sedar akan kontroversi yang memalit keputusan beliau untuk menjadi warganegara Singapura dan mewakili negara tersebut di dalam bola sepak, Ui-yong mendedahkan perkara sebenar.

“Saya lebih selesa [di Singapura] selepas separuh daripada kehidupan saya adalah di negara ini,” kata Ui-yong yang sudah berada di Singapura sejak tamat sekolah tinggi untuk memulakan karier profesional sebagai pemain bola sepak.

Ui-yong mulai bermain secara profesional bersama skuad ramaja Home United di Liga Singapura, sebelum melakukan debut profesional bersama skuad senior kelab itu pada 12 Julai 2012.

“Majlis Sukan Singapura dan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) mencadangkan saya untuk dinaturalisasi, dan ia adalah keputusan yang mudah untuk dilakukan. Saya menerima tawaran tersebut kerana percaya ia adalah satu penghormatan untuk bermain bola sepak untuk di peringkat ini dan mewakili negara.

“Ramai penyokong bola sepak Korea Selatan berpendapat saya menjadi pemain naturalisasi kerana masalah dengan latihan ketenteraan yang diwajibkan di sana.

“Tetapi sebelum saya menukar kewarganegaraan pun, saya sudah dikecualikan untuk hadir latihan tersebut. Ini kerana di dalam situasi saya, saya perlu menjaga dan menyara ibu saya. Disebabkan itu saya telah dikecualikan untuk menghadiri latihan ketenteraan. Hanya selepas itu saya dinaturalisasikan,” jelas beliau lagi.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN