Senarai Urusniaga Yang Membuktikan RB Leipzig Adalah Pakar Perpindahan

Dilabel kelab paling dibenci di Jerman mengatasi Bayern Munich, RB Leipzig merupakan kelab milik Red Bull yang paling popular pada hari ini.

Kelab ini telah ditukarkan nama daripada SSV Markranstädt, sebuah kelab yang beraksi di level kelima liga bola sepak, kepada RB Leipzig setelah Red Bull membelinya pada tahun 2009.

Pertukaran nama dan pengambilan hak milik kelab oleh Red Bull telah menjadi suatu kebencian dalam kalangan sebilangan penyokong bola sepak liga Jerman kerana perubahan drastik yang dilakukan oleh Red Bull ke atas kelab bola sepak tradisional Jerman.

Projek Ralf Ragnick

Selepas tujuh musim bersama RB Leipzig sebagai Ketua Jurulatih dan kemudiannya Pengarah Bola Sepak, Ralf Ragnick sudah lebih dua tahun meninggalkan kelab Jerman itu.

Sebagai jurulatih, Ragnick dikenali sebagai “The Godfather of Gegenpressing”. Corak permainan yang diinspirasikan oleh Ragnick itulah yang menjadi inspirasi kepada falsafah bola sepak yang dibawa oleh Jurgen Klopp (Liverpool) dan Thomas Tuchel (Chelsea) pada hari ini.

Tetapi bakat Ragnick tidak terhad di situ sahaja. Di luar padang, Ragnick dilihar sebagai seorang mastermind yang berkemampuan membina satu projek bola sepak, sama ada untuk mendapatkan keuntungan dan membina kelab dari bawah atau membentuk seorang pemain biasa bertukar kepada bintang handalan eropah.

Walaupun sudah tidak lagi bersama Leipzgig, projek yang dimulakan beliau pada 2012 sehingga 2019 masih lagi berterusan di Red Bull Arena.

Sejak berjaya mendapat promosi ke 2016, kelab tersebut tidak putus-putus menjadi antara watak penting di setiap jendela perpindahan melibatkan urusniaga yang mencatatkan keuntungan.

Catat untung berganda

Leipzig telah menjual Naby Keita kepada Liverpool dengan tanda harga €60 juta, selepas hanya mendapatkan pemain itu dengan nilai €29.75 juta dari RB Salzburg. Timo Werner pula didatangkan pada nilai €22.2 juta, sebelum dijual kepada Chelsea pada nilai €53 juta.

Musim panas ini tiada bezanya. Mereka telah membenarkan Dayot Upamecano berhijrah ke Bayern Munich dengan nilai €42,5 juta, dan Ibrahima Konate kepada Liverpool pada tanda harga €40 juta.

Borussia Monchengladbach pula membayar €9.5 juta untuk mendapatkan Marius Wolf, dan RB Leipzig turut sekali lagi menjana €25 juta untuk membenarkan ketua jurulatih, Julian Nagelsmann ke Bayern Munich mulai musim 2021/22.

Secara keseluruhan, hasil penjualan ini menjadikan Leipzifg menjana pendapatan tertinggi di pasaran pemain di seluruh eropah dengan jumlah €92 juta terkumpul.

Pelaburan bijak

Seperti pemain-pemain sebelum ini yang didatangkan dan dijual, Leipzig menggunakan keuntungan yang diperolehi untuk mendapatkan lebih ramai pemain baharu.

Menariknya walaupun membenarkan ramai pemain utama pergi, Leipzig sentiasa memastikan pasukan mereka kekal kompetitif dalam setiap pertandingan – sama ada dengan cara mengambil pemain baharu atau inovasi baru di dalam pasukan.

Sehingga kini Leipzig telah membelanjakan €91.6 juta dari €92 juta yang diperolehinya dari penjualan lima pemain dan perpindahan Nagelsmann.

Jumlah tersebut digunakan untuk memancing enam pemain baharu iaitu Andre Silva (€23 juta dari Eintracht Franfurt), Josko Gvardiol (€18.8 juta dari Dynamo Zagreb), Angelino (€18 juta dari Man City), Mohamed Simakan (€15 juta dari Strasbourg), Benjamin Henrichs (€15 juta dari Monaco), dan Caden Clark (€1.82 juta dari New York Red Bulls).

Penutup

Siapa tahu siapa lagi pemain yang bakal dijual oleh Leipzig pada musim ini memandangkan jendela perpindahan musim panas ini masih lagi panjang.

Atau siapakah pemain bintang lain bakal dibentuk oleh kelab tersebut pada masa depan?

 

Baca artikel menarik lain daripada kami:

Perarakan Skuad Itali Jadi Punca Kes Covid-19 Di Rom Naik Mendadak

12 Pemain Premier League Sedang Bersama Negara Masing-Masing Di Sukan Olimpik

9 Pemain Real Madrid Beli Dengan Harga Murah Tetapi Beri Pulangan Berbaloi

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN