9 Pemain Real Madrid Beli Dengan Harga Murah Tetapi Beri Pulangan Berbaloi

Real Madrid amat sinonim dengan gelaran ‘Galaticos’ kerana kecenderungan kelab Sepanyol itu berbelanja besar untuk mendapatkan deretan pemain bintang.

Hakikatnya tidak semua pemain yang tiba di Estadio Santiago Bernabeu tiba dengan tanda harga yang mahal. Ada juga di kalangan mereka tiba dengan harga murah, dan memberi pulangan berbaloi kepada Los Blancos.

Berikut adalah sembilan daripada pemain tersebut:

Thibaut Courtois

Nilai £35 juta merupakan pelaburan yang dianggap berbaloi untuk Thibaut Courtois jika mahu dibandingkan dengan beberapa pelaburan lain di dalam bola sepak pada nilai tersebut.

Penjaga gol antarabangsa Belgium ini memainkan peranan penting membantu Real Madrid meraih kejuaraan La Liga pada musim 2019/20. Kehebatan Courtois di hadapan gawang sehingga ke minggu terakhir perlawanan memastikan kejuaraan menjadi milik Los Blancos pada ketika itu.

Nilai yang dibelanjakan Real Madrid dianggap amat berbaloi jika anda memikirkan apa yang Chelsea telah belanjakan untuk mendapatkan Kepa Arrizabalaga sebagai pengganti beliau pada 2018. Masih lagi menjadi salah satu kisah pedih di Stamford Bridge.

Marco Asensio

(Photo by Shot for Press/Action Plus via Getty Images)

Pemain kelahiran Palma, Sepanyol ini adalah salah seorang prospek terbaik pada musim pertamanya bersama Mallorca di Segunda Division pada musim 2014/15.

Pemain tenis dunia, Rafael Nadal dikatakan memainkan peranan penting untuk meyakinkan Asensio berhijrah ke Madrid. Kelab gergasi Sepanyol itu hanya membelanjakan €3.9 juta untuk mendapatkan pemain itu.

Kecederaan mungkin telah merencatkan sedikit karier Asensio sejak berhijrah menyertai Los Blancos. Tetapi bayangkan nilai yang bakal diperolehi oleh Real Madrid jika mahu menjual pemain ini sekarang.

Lucas Vazquez

(Photo by Gonzalo Arroyo Moreno/Getty Images)

Florentini Perez menjelaskan idea baharu projek Galaticos yang dibinanya sebagai “Zidane y Pavones”, yang membawa maksud berbelanja besar untuk bintang seperti Zinedine Zidane bersama pemain-pemain berbakat yang dihasilkan sendiri seperti Francisco Pavon. Vazquez adalah pemain dengan profil dan konsep yang sama pada era moden ini.

Gelombang kedua Galatico di Bernabeu menyaksikan ketibaan pemain-pemain seperti  Cristiano Ronaldo, Karim Benzema dan Bale – semuanya menjadi pemain bintang dengan cara tersendiri sebelum berhijrah ke Real Madrid. Manakala Vazquez pula adalah pemain kelahiran akademi yang mampu diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tanggungjawab diberi.

Secara teknikal, Vazquez juga adalah pelaburan yang berbaloi untuk Real Madrid. Espanyol berhak menjadikan perjanjian pinjaman pemain itu kepada perpindahan tetap pada musim panas 2015. Tetapi Real Madrid bertindak pantas menebus klausa bernilai €900,000 untuk memastikan beliau kembali ke Bernabeu. Nilai tersebut hanya 0.8% daripada nilai yang Real Madrid belanjakan untuk Eden Hazard.

Toni Kroos

Toni Kroos
(Photo by David S. Bustamante/Soccrates/Getty Images)

Kroos tiba di Bernabeu hanya pada nilai €25 juta pada musim panas yang sama membantu Jerman muncul juara Piala Dunia pada 2014.

Kontrak beliau bersama Bayern Munich pada ketika itu hanya berbaki setahun, dan ia satu kesempatan besar yang tidak dilepaskan oleh Los Blancos untuk menyambar pemain itu.

Tidak keterlaluan jika kita meanggap pembelian Kroos – pada nilai €25 juta – adalah antara pembelian paling berbaloi pernah dilakukan oleh kelab La Liga.

Sebagai perbandingan, Real Madrid turut membelanjakan €80 juta untuk James Rodriguez pada musim panas yang sama.

Keylor Navas

Tidak ramai pemain di Real Madrid boleh disamakan dengan status dinikmati legenda Real Madrid, Iker Casillas. Tetapi dibeli dengan nilai €9 juta dari Porto, Navas mungkin pemain paling hampir dengan status tersebut.

Penjaga gol ini telah membuktikan kualiti dimiliki beliau ketika bersama Albacete dan Levante, tetapi aksi cemerlang bersama Costa Rica sehingga mara ke suku akhir Piala Dunia 2014 akhirnya membawa beliau ke Real Madrid.

Menariknya Navas tidak pernah mengecewakan setiap kali diberikan peluang beraksi dalam perlawanan penting membabitkan Real Madrid. Dan semua tiga perlawanan terpenting di mana Navas beraksi berakhir dengan kejuaraan Champions League. Beliau bagaimanapun dijual ke PSG pada 2019.

Dani Carvajal

(Photo by TF-Images/TF-Images via Getty Images)

Dani Carvajal adalah seorang lagi pemain yang Real Madrid dapatkan kembali melalui klausa pembelian semula. Los Blancos membelanjakan sebanyak €6.5 juta untuk mendapatkan kembali khidmat Carvajal selepas pemain itu cemerlang bersama Bayer Leverkusen pada musim 2012/13.

Mana-mana kelab lain yang mahukan khidmat Carvajal pada ketika itu sudah pasti perlu berbelanja lebih. Carvajal kemudiannya menjadi sandaran utama Real Madrid di posisi bek kanan dan tampil hampir dalam 300 perlawanan sepanjang tempoh lapan musim untuk Los Blancos.

Casemiro

Casemiro
(Photo by Ian MacNicol/Getty Images)

Real Madrid hanya membelanjakan €6 juta untuk mendatangkan Casemiro dari Sao paolo pada 2013. Ia adalah nilai yang sangat murah untuk salah seorang pemain tengah bertahan terbaik dunia.

Casemiro telah menjadi tulang belakang pasukan Real Madrid sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ini termasuk kejayaannya membantu The Galacticos merangkul kejuaraan Champions League sebanyak tiga kali berturut-turut pada 2016 hingga 2018.

Raphael Varane

(Photo by Alex Livesey/Getty Images)

Selama 10 musim bersama Real Madrid, varane telah beraksi dalam 360 perlawanan dan membantu kelab itu menjuarai tiga gelaran La Liga serta empat kejuaraan Champions League. Beliau turut memenangi 11 kejuaraan lain dan Piala Dunia bersama Perancis sepanjang tempoh itu.

Real Madrid hanya membelanjakan €9 juta untuk mendapatkan Varane dari Lens. Berapa pun nilai perpindahan Varane ke Manchester United – sekiranya menjadi kenyataan – ia sudah memberikan banyak pulangan kepada gergasi Sepanyol itu.

Mesut Ozil

Selepas memukau rakyat jelata bola sepak bersama Jerman di Piala Dunia 2010, Mesut Ozil didatangkan oleh Real Madrid dari Werder Bremen pada nilai €15 juta.

Ozil menghasilkan 80 assist dan 27 gol dari 159 penampilan dari semua pertandingan sepanjang tempoh tiga tahun bersama Los Blancos.

Pemain itu kemudiannya dijual ke Arsenal pada nilai yang sama beliau didatangkan sebelum itu. Nyata ia adalah langkah perniagaan yang berbaloi dan menguntungkan Real Madrid.

 

Baca artikel menarik lain bola sepak antarabangsa melalui pautan:

Kisah Lucu Bagaimana Casemiro Menjadi Pemain Tengah Bertahan

Senarai Trio Serangan Terbaik Barcelona Pernah Hasilkan Sejak Era Messi

Mengapa Bruno Fernandes Jalani Latihan Pra Musim Sendirian Di Boavista?

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN