Semua Kelab EPL Bersetuju Hentikan Tajaan Syarikat Judi Pada Jersi Perlawanan Bermula Musim 2025/26

EPL Judi

Kesemua kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) secara kolektif bersetuju untuk menarik balik tajaan syarikat judi di bahagian depan jersi perlawanan bermula musim 2025/26.

Pengumuman itu dibuat susulan perbincangan melibatkan pihak pengurusan liga, kelab-kelab dan Jabatan Kebudayaan, Media dan Sukan United Kingdom (UK) sebagai sebahagian daripada usaha berterusan pihak kerajaan dalam mengawal perjudian dalam semasa ke semasa.

Ketika ini lapan daripada 20 kelab EPL menerima tajaan daripada syarikat judi yang dianggarkan sekitar £60 juta (RM330 juta) dan memaparkan logo penaja tersebut di bahagian depan jersi perlawanan mereka.

Justeru itu kelab-kelab terlibat diberi masa yang secukupnya untuk mecari penaja baharu selewat-lewatnya sehingga penghujung musmi 2024/25.

Keputusan tersebut juga menyaksikan EPL menjadi liga sukan pertama di UK yang secara sukarela menjaya usaha membendung iklan judi.

Pada Januari 2020, Menteri Sukan, Media dan Industri Kreatif United Kingdom (UK), Nigel Adams menyatakan bola sepak negara itu sudah jauh ‘tersasar’ kerana terlalu bergantung dengan tajaan daripada syarikat perjudian.

Beliau menegaskan semua kelab bola sepak perlu berusaha untuk mencari sumber pendapatan lain dan tidak mahu hubungan di antara sukan dan industri perjudian menjadi satu kebiasaan.

Menteri Sukan Tegur Bola Sepak Inggeris Terlalu Bergantung Pada Tajaan Syarikat Judi

Ia susulan tindakan Persatuan Bola Sepak (FA) England yang menjual hak penyiaran dalam talian perlawanan FA Cup kepada sebuah firma melalui pihak ketiga.

Hasilnya, tujuh laman web perjudian mendapat hak untuk membuat siaran langsung bagi beberapa perlawanan pusingan ketiga secara eksklusif kepada sesiapa sahaja yang membuat pertaruhan atau meletakkan wang deposit ke dalam akaun syarikat mereka dalam tempoh 24 jam sebelum sepak mula.

Situasi tersebut mendapat kecaman pelbagai pihak selepas FA sebelum ini membuat kempen mengenai kesihatan mental, ironinya pihaknya sendiri telah memberikan hak eksklusif siaran langsung kepada syarikat perjudian.

Perkara tersebut telah menimbulkan kontroversi apabila bola sepak telah menjadi alat untuk menormalisasikan budaya perjudian yang sudah mula menular dalam kalangan penyokong muda. Tambahan pula semakin banyak syarikat perjudian mengiklankan syarikat mereka di jersi pasukan dan juga di televisyen.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam satu penjelasan mengenai hukum memakai baju yang berlogo syarikat arak dan judi telah menyatakan dengan jelas bahawa perbuatan tersebut adalah haram dan dilarang kerana ia adalah termasuk dalam usaha bagi mempromosi serta melariskan arak dan judi.

Maka dengan itu, sudah tentu perkembangan ini juga menjadi berita baik buat peminat EPL dalam kalangan masyarakat Muslim yang sebelum ini mungkin ‘terhalang’ untuk menyarung jersi pasukan yang diminati mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN