Menteri Sukan Tegur Bola Sepak Inggeris Terlalu Bergantung Pada Tajaan Syarikat Judi

Menteri Sukan, Media dan Industri Kreatif United Kingdom (UK), Nigel Adams menyatakan bola sepak negara itu sudah jauh ‘tersasar’ kerana terlalu bergantung dengan tajaan daripada syarikat perjudian.

Beliau yang juga Ahli Parlimen bagi kawasan Selby & Ainsty menegaskan semua kelab bola sepak perlu berusaha untuk mencari sumber pendapatan lain dan tidak mahu hubungan di antara sukan dan industri perjudian menjadi satu kebiasaan.

“Kami akan menilai semula Akta Perjudian semasa dan saya yakin arena sukan khususnya bola sepak sewajarnya dijauhkan daripada budaya pertaruhan.” kata Adams kepada BBC.

Dalam temubualnya bersama agensi berita berkenaan, Adams turut menjelaskan beliau telah berjumpa dengan pengerusi baharu EPL, Rick Parry pada minggu ini untuk berbincang mengenai keadaan kewangan dalam Football League (divisyen ketiga dan keempat England).

Pada awal tahun ini, Persatuan Bola Sepak (FA) England telah dikritik kerana menjual hak penyiaran dalam talian perlawanan FA Cup kepada sebuah firma melalui pihak ketiga.

Hasilnya, tujuh laman web perjudian mendapat hak untuk membuat siaran langsung bagi beberapa perlawanan pusingan ketiga secara eksklusif kepada sesiapa sahaja yang membuat pertaruhan atau meletakkan wang deposit ke dalam akaun syarikat mereka dalam tempoh 24 jam sebelum sepak mula.

Situasi tersebut mendapat kecaman pelbagai pihak selepas FA sebelum ini membuat kempen mengenai kesihatan mental, ironinya pihaknya sendiri telah memberikan hak eksklusif siaran langsung kepada syarikat perjudian.

Perkara tersebut telah menimbulkan kontroversi apabila bola sepak telah menjadi alat untuk menormalisasikan budaya perjudian yang sudah mula menular dalam kalangan penyokong muda. Tambahan pula semakin banyak syarikat perjudian mengiklankan syarikat mereka di jersi pasukan dan juga di televisyen.

Separuh daripada kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) meletakkan nama syarikat perjudian pada jersi mereka. Untuk kelab Liga Kejuaraan pula jumlahnya sudah meningkat sehingga 15 pasukan. Malah Football League sendiri ditaja oleh Sky Bet.

Menurut EFL, syarikat perjudian telah menyumbang sekitar £40 juta kepada kelab-kelab di bawah penguruan liganya pada setiap tahun menerusi penajaan, Dalam EPL pula, anggarannya adalah sekitar £70 juta.

“Kami memandang serius situasi ini dan akan melihatnya secara terperinci kerana perjudian ini mendorong kepada masalah sosial yang lebih besar. Terdapat juga kes di mana ada penyokong yang mengambil tindakan drastik dengan membunuh diri.

“Ianya bukan satu gambaran yang baik. Malangnya tidak banyak kelab di EFL yang mampu mencatat keuntungan (tanpa tajaan syarikat perjudian),” ujar Adams lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN