Selangor Perkenal Harga Tiket Berbeza Mengikut Pihak Lawan

Selangor

Pasukan Liga Super, Selangor telah memperkenal sistem tiket berperingkat atau tiered ticketing sistem bagi saingan Liga Malaysia 2020.

Pengenalan sistem tersebut akan memberikan kesan kepada perbezaan harga tiket perlawanan mengikut pihak lawan yang ditentang oleh pasukan Selangor.

Peringkat ini terbahagi kepada peringkat 1 dan peringkat 2 (tier 1 & tier 2), bagi peringkat 1 ianya merupakan lawan-lawan Selangor terdiri daripada pasukan-pasukan utama dalam liga.

Bagi peringkat 2 pula ianya adalah pasukan-pasukan yang lainnya dalam saingan Liga Super.

Harga bagi peringkat 1 adalah RM 20 sementara RM 15 bagi perlawanan peringkat 2. Berikut merupakan senarai pihak lawan bagi kedua-dua peringkat:

Peringkat 1 (RM 20):

  • Kedah
  • Terengganu
  • Pahang
  • Perak
  • Johor Darul Ta’zim

Peringkat 2 (RM 15):

  • UiTM FC
  • Melaka United
  • Sabah
  • FELDA United
  • PDRM
  • PJ City

Bagi kejohanan piala, harga tiket bagi pusingan awal Piala FA Malaysia dan peringkat kumpulan Piala Malaysia adalah RM 15 dan bermula di peringkat suku akhir ianya menjadi RM 20.

Harga bagi kanak-kanak berumur enam hingga 12 tahun pula masih kekal RM 5 bagi mana-mana jenis perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN