Seluruh Dunia Terkejut Melihat Kontrak Luar Biasa Mbappe Bersama PSG

Kontrak terbaru Kylian Mbappe bersama Paris Saint Germain sebenarnya merupakan kontrak terbesar yang diterima oleh mana-mana atlet dalam sejarah dunia sukan.

Mbappe sebelum ini menolak tawaran luar biasa lumayan dari Real Madrid pada jendela perpindahan musim panas lalu walau beliau sebelum itu sudah mengumumkan yang beliau tidak mahu kekal bersama PSG.

Walau beliau dikatakan sudah hampir pasti meninggalkan Parc des Prince, namun Mbappe akhirnya memilih untuk menandatangani kontrak baru selama tiga tahun bersama PSG.

Namun begitu, selepas baru beberapa bulan sahaja beliau menandatangani kontrak baru, Kylian Mbappe pada ketika ini dilaporkan sedang tidak gembira bersama gergasi Perancis itu.

Selepas melihat situasi terkini bintang berusia 23 tahun itu, ramai yang percaya bahawa beliau berpotensi untuk meninggalkan PSG dalam masa terdekat ini.

Real Madrid kembali disebut-sebut sebagai pasukan yang bakal beliau sertai dan Liverpool juga turut dikaitkan dengan pemenang Piala Dunia itu.

Walau bagaimanapun, sukar sebenarnya untuk Mbappe mencari kelab yang mampu menawarkan kontrak yang setanding dengan apa yang mampu PSG tawarkan kepadanya.

Menurut sumber laporan dari Le Parisien yang merungkai maklumat dari Get French Football News, Mbappe kini merupakan penerima gaji tertinggi dalam sejarah sukan dunia bola sepak.

Laporan sama melaporkan yang beliau bakal menerima €630 juta (£546juta) seandainya beliau kekal bersama PSG sehingga tamat tiga tahun kontraknya di Parc des Prince.

Mbappe akan menerima gaji kasar termasuk beberapa klausa istimewa yang ada dalam kontrak terbarunya bersama Paris Saint Germain.

Beliau akan menerima ganjaran yang sungguh luar biasa dasyat andai beliau mampu membantu PSG menjuarai saingan Champions League dan memenangi anugerah Ballon d’Or.

Rundingan kontrak terbarunya itu termasuklah bonus penandatanganan bernilai €180 juta (£156 juta) dan Mbappe akan tetap menerima bonus tersebut walau beliau meninggalkan kelab sebelum kontraknya tamat.

Lebih menakjubkan lagi, Mbappe juga akan turut menerima bonus bernilai €70 juta (£61 juta) sebagai bonus kesetiaan andai beliau kekal bersama kelab hingga penghujung musim.

Nilai tersebut akan terus berganda sebanyak €10 juta (£8.7juta) setiap musim selagi beliau kekal bersama Paris Saint Germain.

Laporan sama turut mendedahkan yang Mbappe mempunyai kuasa untuk melanjutkan kontraknya selama dua tahun dan hal itu hanya beliau sahaja yang boleh putuskan dan bukannya kelab.

Gaji pokok beliau setiap bulan sementara itu dilaporkan bernilai lebih dari €6 juta (£5.2juta) sebulan.

Hal itu bermaksud jumlah keseluruhan yang Mbappe terima merupakan suku dari peruntukkan keseluruhan PSG.

Walaupun beliau menerima pulangan yang sungguh menakjubkan, namun Mbappe tetap mempunyai rasa untuk meninggalkan kelab kerana beliau merasakan yang PSG sudah mengkhianatinya.

Mbappe mendedahkan yang PSG sebenarnya gagal untuk memenuhi janji yang telah mereka berikan sebelum beliau menandatangani kontrak baru bersama kelab.

Walau PSG bersetuju untuk melepaskan Mbappe sekalipun, sepertinya agak sukar untuk bintang Perancis itu mencari kelab yang akan sanggup untuk membayar gajinya.

Namun, andai Mbappe sanggup menerima gaji yang lebih rendah, sepertinya tiada masalah untuk kelab lain bersetuju mendapatkan khidmatnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN