Kylian Mbappe Bakal Buat Penampilan Di Anfield Pada Januari Ini?

Pasukan paling berpengaruh di Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) dikhabarkan hanya akan menjual bintang sensasi mereka iaitu Kylian Mbappe kepada Liverpool sahaja.

Menerusi laporan dikeluarkan oleh Sport Bible, pemain serangan lincah itu bakal meninggalkan PSG pada Januari ini, setelah hubungannya bersama kelab semakin teruk.

Mbappe dikatakan mungkin bakal menyertai Real Madrid sebagai pasukan sasaran pada Januari ini untuk meneruskan karier selaku pemain bola sepak profesional.

Nilai pasaran pemain berusia 23 tahun itu dikhabarkan mencecah harga £154 juta sebelum beliau menandatangani kontrak baharu bersama PSG.

Walaupun begitu, dikhabarkan PSG enggan untuk melepaskan Mbappe kepada kelab gergasi Sepanyol tersebut atas alasan tertentu.

Tetapi, PSG telah menyatakan mereka bersedia untuk mengadakan perbincangan bersama kelab gergasi di England iaitu Liverpool mengenai perpindahan Mbappe.

Laporan lanjut juga mengeluarkan kenyataan kelab tersebut yang kini dikendalikan oleh Jurgen Klopp dilihat sebagai pasukan sesuai untuk Mbappe beraksi.

Ini bukan kali pertama Mbappe dikaitkan bersama The Reds, apabila beliau pernah menyatakan ibunya merupakan peminat pasukan tersebut.

Mbappe juga menjelaskan dirinya sebelum ini pernah berbincang sedikit bersama Liverpool mengenai masa depannya sebelum mengesahkan kontrak bersama PSG.

“Kami ada bercakap sedikit. Tidak terlalu banyak yang diperkatakan mengenai peluanh saya bersama pasukan tersebut.

“Saya bercakap bersama Liverpool kerana ia merupakan kelab kegemaran ibu saya dan dia terlalu meminati pasukan itu, saya tak tahu kenapa. Anda perlu bertanyakan sendiri kepada dirinya.

“Liverpool merupakan kelab yang sangat menarik untuk diperkatakan, dan kami pernah berjumpa ketika saya bersama AS Monaco. Pasukan itu sangat besar,” ujar Mbappe.

Klopp juga memberi reaksi yang sangat positif ketika ditanya mengenai salah seorang tonggak Perancis ketika menjuarai Piala Dunia itu.

“Sudah tentu, kami sangat berminat akan khidmat Mbappe, dan kami tidak buta untuk menilai prestasi semasanya yang hebat.

“Kami sangat teruja dan minat akan diri beliau, jika tidak pastinya Mbappe tidak akan disebut-sebut kadangkala.

“Tetapi kami tak layak untuk menjadi sebagai salah satu pasukan yang bertanding untuk mendapatkan khidmatnya.

“Pasti akan ada lagi beberapa pasukan lebih besar untuk menyertai persaingan mendapatkan Mbappe, tetapi tidak mengapa kerana beliau merupakan salah seorang yang sangat hebat,” jelas Klopp.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN