Ini Solusi PSSI Peroleh Hasil Perjumpaan Awal Bersama Wakil FIFA

Wakil daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) iaitu Niko Nhouvannasak telah pun tiba di Indonesia dan melawat ibu pejabat Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), semalam.

Nhouvannasak merupakan individu penting yang bertugas selaku Penyelaras Projek Pembangunan FIFA dan hadir ke Indonesia untuk membincangkan mengenai hal tragedi di Stadium Kanjuruhan baru-baru ini.

Individu penting yang ditemui beliau ialah Ketua Umum PSSI iaitu Mochamad Iriawan, Wakil Ketua Umum iaitu Iwan Budianto serta beberapa orang lagi menerusi satu mesyuarat khas telah dibuat.

“Kami menyambut baik kedatangan Nhouvannasak selaku wakil daripada FIFA ke pejabat PSSI,” jelas Iriawan menerusi Bola.com.

Kedatangan beliau dianggap penting kerana tragedi yang berlaku itu telah mengorbankan seramai 131 nyawa serta ratusan lagi individu mengalami kecederaan, selain kerosakan harta benda turut berlaku.

Iriawan menyatakan pelbagai intipati telah dibincangkan oleh beliau bersama wakil daripada PSSI bersama Nhouvannasak, termasuk kaedah dan langkah terbaik untuk masa depan bola sepak Indonesia.

“Pelbagai langkah-langkah dan kaedah telah dibincangkan oleh kami bersama beliau selaku orang yang mempunyai kepentingan bersama FIFA,” ujar Ketua Umum PSSI itu lagi.

Sebelum ini, Iriawan juga telah memberitahu kepada media mengenai kedatangan wakil FIFA ke Indonesia yang akan memberi bantuan selepas tragedi hitam itu berlaku.

“Pertemuan ini merupakan langkah awal untuk kami menjalinkan kerjasama bersama FIFA supaya menaikkan kembali nama bola sepak Indonesia pada masa akan datang,” hujah Iriawan.

Pada masa sama, Presiden Indonesia iaitu Joko Widodo (Jokowi) juga telah menjelaskan perancangan beliau untuk membentuk satu pasukan transformasi khas mengenai bola sepak Indonesia bersama FIFA pada masa terdekat.

Jokowi juga telah memberi jaminan kepada seluruh penyokong bol sepak Indonesia untuk tidak terlalu risau soal hukuman daripada FIFA.

Ujar beliau, FIFA tidak akan sesekali memberi sebarang hukuman biarpun pelbagai spekulasi yang telah keluar di media sosial pada masa akan datang.

“Kami bakal membentuk satu pasukan transformasi khas untuk bola sepak Indonesia bersama FIFA dan mereka juga akan tinggal di sini untuk beberapa waktu untuk menyiapkan segala proses tersebut,” terang Jokowi.

Disebabkan peristiwa itu yang dilihat sangat besar, Jokowi telah mengarahkan supaya saingan Liga Indonesia dihentikan seketika untuk memudahkan mereka terus membuat siasatan dan pemulihan kembali.

Presiden Indonesia itu juga mengumumkan mengenai kedatangan tunjang utama FIFA iaitu Gianni Infantino ke Indonesia pada bulan ini untuk suatu mesyuarat khas.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN