Unai Emery Sah Dilantik Sebagai Pengurus Baharu Aston Villa

Pasukan yang beraksi dalam saingan English Premier League (EPL), Aston Villa telah pun mengumumkan mengenai perlantikan pengurus baharu pasukan iaitu Unai Emery.

Emery telah dilantik sebagai pengurus baharu pasukan tersebut setelah khidmat Steven Gerrard telah pun ditamatkan selepas Villa mengalami kekalahan 0-3 di tangan Fulham lalu.

Pengurus berusia 50 tahun itu dijangka bakal membuat penampilan pertamanya bersama Villa pda 1 November ini, selepas sahaja proses permit kerja beliau berjaya diselesaikan menerusi laporan Sport Bible.

Sesuatu yang menarik buat Villa, setelah mereka berjaya mendapatkan seorang lagi pengurus yang berprestasi tinggi untuk mencurahkan pelbagai pengalaman beliau bersama pasukan tersebut.

Rekod Emery juga sangat baik sebelum ini, apabila beliau pernah menjulang beberapa kejayaan bersama pebagai kelab dalam saingan Eropah sebelum itu.

Antara kelab pernah mendapat sentuhan Emery ialah Spartak Moscow, Sevilla, Paris Saint-Germain, Arsenal, serta Villareal sebelum beliau mengendalikan Aston Villa.

Lebih menarik untuk diperkatakan, Emery juga menjadi antara pengendali paling berjaya dalam saingan Europa League, setelah beliau sudah pun merangkul kejayaan tersebut sebanyak empat kali.

Untuk rekod, beliau telah pun memenangi kejohanan tersebut sebanyak tiga kali bersama Sevilla dan sekali ketika menguruskan Villareal pada musim 2021.

Bersama PSG, Emery turut meraih beberapa gelaran dalam saingan domestik untuk meneruskan dominasi pasukan tersebut.

Perpindahan Emery daripada Villareal ke Villa dilaporkan bernilai £5.25 juta sebagai klausa perpindahan.

Wartawan bola sepak terkemuka Eropah iaitu Fabrizio Romano juga melaporkan Emery bakal memperoleh £6 juta setiap tahun sebagai pengurus pasukan berkenaan.

Villa ketika ini berada di tangga ke-15 dalam saingan EPL menerusi 12 mata telah dikumpul hasil tiga kemenangan, tiga kali seri, serta merekodkan enam kekalahan daripada 12 perlawanan dihadapi.

Terbaharu pasukan tersebut kembali bangkit daripada kekecewaan, apabila mereka berjaya menewaskan Brentford dengan kemenangan besar 4-0 sebelum meneruskan persaingan menentang Newcastle United pada Sabtu ini.

Emery bakal menghadapi tugas pertama beliau dengan cabaran agak besar pada 6 November ini untuk bertemu Manchester United di laman sendiri, sekali gus bakal disaksikan sendiri di hadapan para penyokong Villa.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN