Sampai Bila Sancho Akan Terus Diberi Peluang Beraksi Dalam Kesebelasan Utama?

Umum mengetahui prestasi semasa penyerang Manchester United iaitu Cristiano Ronaldo tidak berada dalam keadaan terbik kini untuk terus memberi sumbangan besar buat pasukan.

Ramai yang menyatakan faktor usia menjadi sebab mengapa Ronaldo kini tidak lagi agresif selaku penyerang dan jarang diberikan peluang oleh Erik ten Hag sebagai pemain dalam senarai kesebelasan utama.

Namun ada segelintir turut mengesan bukan sahaja Ronaldo yang berada pada tahap kurang menyakinkan kini untuk beraksi, malah ada pemain lain juga wajar diberi lebih perhatian.

Bekas penyerang Aston Villa, Gabby Agbonlahor percaya United perlu mengetepikan seketika khidmat pemain serangan kelab tersebut ketika ini iaitu Jadon Sancho.

Sancho disifatkan oleh Gabby sebagai pemain yang gagal untuk memberi impak positif ketika United terikat seri bersama Chelsea pada perlawanan lalu di Stamford Bridge.

Pada perlawanan tersebut, Casemiro berjaya memberi satu mata buat United setelah jaringan beliau pada minit akhir memadam kelebihan gol yang diledak oleh Jorginho buat Chelsea.

Sancho yang gagal memberi impak besar pada perlawanan itu telah digantikan khidmatnya kepada pemain tengah kelahiran Brazil, Fred pada minit ke-51.

Pemain berusia 22 tahun itu pada musim ini hanya terlibat tiga kali sahaja dalam penghasilan gol daripada 10 perlawanan dihadapi United dan prestasi beliau dilihat agak menurun.

Menerusi laporan daripada Sport Bible, Agbonlahor mempertikaikan sampai bila Sancho akan terus diberi peluang dalam senarai utama United.

Malah, beliau turut menyuarakan pendapat Ronaldo sebenarnya lebih layak untuk beraksi lebih kerap dalam permainan berbanding Sancho.

“Bila saya tonton perlawanan membabitkan United, saya akan memperhatikan sumbangan diberikan oleh Rashford dan Bruno Fernandes.

“Mereka menjalankan tanggungjawab dengan baik selaku watak penting dalam permainan dan bertanggungjawab di bahagian serangan.

“Sementara Sancho, apabila beliau menerima bola pastinya hantaran belakang akan dibuat kepada pertahanan kembali.

“Sekiranya saya di tempat Luke Shaw, pastinya saya akan berkata untuk hentikan hantaran tersebut kepada diri ini dan bila bola diberikan terus maju ke hadapan untuk mencipta sesuatu.

“Dia dibawa keluar pada minit ke-52 pada perlawanan lalu untuk digantikan kepada Fred, malangnya pemain itu dimasukkan agak lewat dan pemain tersebut beraksi dengan lebih bagus berbanding Sancho.

“Baki 35 minit perlawanan yang menyaksikan Bruno sebagai penyerang utama dan diapit oleh Rashford serta Antony yang dilihat lebih berkesan.

“Berapa kali mereka akan terus meletakkan dia sebagai pemain utama? Jika saya Ronaldo mungkin saya akan mempertikaikan perkara tersebut.

“Dan, jika saya Elanga perkara sama juga akan bermain di fikiran saya. Sancho tak capai corak permainan diingini dan taraf beliau sekarang menyaksikan peluang untuk dia beraksi di Piala Dunia juga sukar,” jelas Agbonlahor.

https://twitter.com/samutd25/status/1583555551010516992?s=46&t=wUxyEknE_dwn9nDoafEN9A

Untuk perlawanan seterusnya, United bakal berdepan cabaran Sheriff Tiraspol dalam aksi Europa League di Old Trafford, dan aksi Sancho pastinya akan sekali lagi diberi tumpuan.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN