Pemain Warisan Indonesia Terharu Dengan Sikap Kasih Sayang Dipamerkan Oleh Penyokong Sang Garuda

Indonesia sah telah pun mendapatkan dua lagi pemain warisan mereka dalam misi untuk terus menaikkan mutu bola sepak mereka di peringkat lebih tinggi pada masa akan datang.

Kedua pemain terbaru tersebut ialah Justin Hubner dan Ivan Jenner yang masing-masing berasal dari Belanda serta mempunyai pertalian darah bersama Indonesia.

Menurut Ivan Jenner, ini merupakan kali pertama beliau menjejakkan kaki di Indonesia kerana ingin menjalani proses naturalisasi sebelum sah boleh beraksi bersama skuad kebangsaan.

Dikhabarkan, Jenner bakal berada di Indonesia sehingga hari jumaat ini kerana ingin menyelesaikan beberapa perkara di sana sebelum kembali pulang ke Belanda.

Menerusi CNN Indonesia, beberapa soalan telah ditanyakan kepada Jenner yang turut ditemani oleh Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) iaitu Mochamad Iriawan menerusi sidang media.

Pemain yang beraksi di posisi tengah itu menyatakan beliau mempunyai pertalian darah Indonesia kerana bapanya warga tempatan di sana.

“Bapa saya asal Indonesia, sama juga untuk pakcik serta nenek saya. Mereka lahir di Jember. Jadi untuk membuatkan mereka bangga, saya akan mewakili Indonesia.

“Sudah tentu saya sangat gembira dengan keputusan ini untuk beraksi bersama Sang Garuda, setelah menerima undangan daripada PSSI,” jelas Jenner.

Tambahan lagi, beliau mula mempamerkan rasa tertarik dengan Indonesia selepas rakannya, Vardy Bachdim yang merupakan saudara kepada Irfan Bachdim telah memberikan jersi Indonesia kepadanya.

Tetapi apa yang membuatkan Jenner benar-benar tertarik akan Indonesia ialah mengenai para penyokong Sang Garuda yang dianggap sangat positif.

Pemain muda itu mengatakan perkara sedemikian setelah media sosialnya kini dihujani dengan kata-kata positif dan menghargai Jenner selepas beliau sah menyertai Indonesia.

“Indonesia merupakan salah satu negara yang sangat besar dan mempunyai para penyokong bola sepak dengan sangat ramai.

“Contohnya, media sosial saya ketika ini mempunyai bilangan pengikut yang semakin bertambah dan mereka juga memberi komen serta menitipkan pesanan-pesanan positif.

“Jelas sekali, para penyokong Indonesia menunjukkan satu rasa cinta yang sangat tinggi buat saya,” ulas Jenner dengan gembira.

Akhir sekali, pemain itu turut berharap agar para penyokong Indonesia mendoakan beliau dan memberi sokongan padu buat dirinya, agar semuanya mampu berjalan dengan lancar untuk proses pendaftaran sebagai warganegara tempatan.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN