Nampaknya ianya seperti sudah menemui jalan penamat buat Olivier Giroud dan Chelsea pada musim ini.
Dua entiti tersebut dikhabarkan bakal berpisah dengan Giroud yang baru saja menjulang kejuaraan Eropah bersama Chelsea bakal ke Serie A.
Kelab yang disebut-sebut bakal disertai beliau adalah AC Milan.
Menurut laporan di Itali, Milan dilihat cukup berusaha dalam misi mendapatkan gandingan baharu buat Zlatan Ibrahimovic untuk menggempur pintu gol lawan bermula musim hadapan.
Giroud dikhabarkan tidak akan disambung kontraknya bersama-sama Chelsea jadi Milan mahu mendapatkan pemain itu secara perpindahan percuma.
Milan kini bersedia untuk menyediakan kontrak buat Giroud dengan tempoh selama dua tahun ditawarkan.
Selain itu, mereka juga akan membantu Giroud dalam mendapatkan rumah di Milan.
Usaha untuk mengesahkan perpindahan ini masih lagi berjalan dan ianya berada dalam keadaan lancar. Milan dijangka akan mendapatkan Giroud dalam masa seminggu lagi.
Jika tiada sebarang masalah, pemenang Piala Dunia bersama-sama Perancis itu akan terbang ke Itali untuk melakukan ujian perubatan sebelum diperkenalkan sebagai pemain Milan yang terbaharu.
Bersama-sama Chelsea, Giroud merangkul kejuaraan UEFA Champions League, Europa League dan FA Cup.
Baca juga artikel kami mengenai Olivier Giroud:
Ledak Empat Gol, Peluang Buat Olivier Giroud ‘Curi Hati’ Lampard
Olivier Giroud Atasi Rekod Michel Platini, Ada Potensi Atasi Thierry Henry