Selepas Lebih 10 Tahun Bersama, Eddie Howe ‘Diceraikan’ Bournemouth

Eddie Howe Bournemouth

Pengurus Bournemouth, Eddie Howe telah meninggalkan kelabnya selepas mencapai persetujuan bersama ekoran penyingkiran dari Liga Perdana Inggeris (EPL) baru-baru ini.

Pengurus warga England berusia 42 tahun itu yang telah membimbing The Cherries sejak lebih sedekad lalu telah mengendalikan lebih 450 perlawanan.

“Selepas meluangkan 25 tahun bersama kelab ini sebagai pemain dan pengurus, keputusan ini – yang dibuat secara persetujuan bersama dengan pihak kelab – merupakan yang paling sukar untuk dibuat,” ujar Howe dalam satu surat terbuka kepada penyokong.

“Bagaimanapun, kelab ini telah memberikan kesan yang bear kepada saya dan kasih sayang saya kepada kelab ini akan terus kekal. Kami bersetuju yang sekarang ini adalah masa yang paling tepat untuk kelab ini menuju ke arah baharu.

“Bournemouth akan sentiasa kekal di hati saya, tetapi saya percaya masanya sudah tiba untuk kelab ini membuat perubahan.”

Di bawah kendalian Howe, Bournemouth naik satu demi satu divisyen bermula dengan League Two (divisyen keempat) sehingga naik ke EPL dengan meraih tiga promosi dalam tempoh enam tahun.

Selapas lima tahun di saingan liga utama England, musim ini mereka tewas 22 kali daripada 38 perlawanan dan menamatkan saingan di tangga ke-18, hanya satu mata dari zon selamat dan kembali semula ke Liga Kejuaraan.

Titik masalah Howe mungkin bermula apabila beberapa pembelian (yang agak mahal buat kelab kerdil seperti Bournemouth) tidak menghasilkan impak yang diharapkan.

Antaranya pemain sayap, Jordan Ibe yang dibeli dari Liverpool dengan harga £15 juta pada 2016 yang hanya beraksi dua perlawanan liga musim inni dan seorang lagi pemain Liverpool, Dominic Solanke yang tiba di Stadium Vitality pada awal musim ini yang hanya menjaringkan tiga gol sahaja dari 32 perlawanan.

https://twitter.com/Rory_Moncaster/status/1289865281414676480?s=20

Bournemouth juga berdepan dengan krisis kecederaan di mana pemain pertahanan berpengalaman, Charlie Daniels diketepikan sejak Ogos 2019 dan pemain sayap, David Brooks yang begitu menyerlah pada musim lepas menjalani dua pembedahan dan terlepas hampir keseluruhan kempen musim ini.

Pengerusi Eksekutif kelab, Neill Blake berkata Howe merupakan legenda Bournemouth ysng telah membuat transformasi terhadap identiti dan sejarah kelab. Menurutnya, keputusan yang dibuat ternyata sangat berat.

Kebanyakan pemerhati dan pengulas bola sepak melihat pencapaian Howe adalah sesuatu yang luar biasa dan sukar untuk dicapai oleh mana-mana pengurus lain di dunia.

Daripada sebuah pasukan kecil yang beraksi di stadium yang hanya boleh memuatkan 11,000 orang penonton, Bournemoth naik satu demi satu anak tangga sehingga berjaya membuat kemunculan di EPL.

Dengan menerapkan falsafah dan corak permainan yang menarik tanpa memiliki pemain-pemain berstatus bintang, beliau berjaya membawa pasukannya kekal di EPL selama lima tahun dan pernah menewaskan beberapa pasukan gergasi lain.

Dengan kredibiliti dan profil tinggi yang dimiliki, banyak pihak percaya Howe tidak akan menunggu lama untuk mendapat tawaran daripada mana-mana pasukan EPL dalam masa terdekat.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Eddie Howe dan Bournemouth:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN