Mateu Lahoz tidak akan mengadili mana-mana perlawanan di pentas Piala Dunia ini lagi selepas beliau dikatakan telah diusir dari Qatar ekoran dari insiden yang berlaku ketika aksi Argentina bertemu Belanda kemarin.
Pengadil dari Sepanyol itu telah dipertanggungjawabkan untuk mengadili aksi peringkat suku akhir saingan Piala Dunia yang menemukan antara Argentina bertemu Belanda.
Perlawanan yang penuh dengan kontroversi itu dikatakan menjadi semakin panas berpunca dari keputusan-keputusan yang dibuat oleh Lahoz.
Mateu Lahoz has been sent home and will no longer referee at the World Cup. pic.twitter.com/O2apPDnBpL
— SPORTbible (@sportbible) December 12, 2022
Lahoz telah melayangkan 15 kad kuning dan satu kad merah kepada Denzel Dumfries dalam perlawanan yang memperlihatkan Argentina menewaskan Belanda menerusi penentuan sepakan penalti itu.
Kedua-dua pasukan juga dikatakan bengang dengan mutu pengadilan yang ditunjukkan oleh Lahoz dalam perlawanan tersebut.
Kem Argentina antara yang paling terkesan dengan para pemain masih terus menerus memaki hamun pengadil tersebut walau perlawanan sudah tamat.
Lionel Messi merupakan antara pemain yang telah dilayangkan kad kuning dengan bintang Paris Saint Germain itu tampil memaki hamun Lahoz ketika bercakap dalam sesi temu bualnya selepas tamat perlawanan.
Mateu Lahoz gave 15 yellow cards, including two in the shoot-out:
◉ Timber
◉ Acuña
◉ Romero
◉ Weghorst
◉ Memphis
◉ Lisandro
◉ Berghuis
◉ Paredes
◉ Messi
◉ Otamendi
◉ Bergwijn
◉ Montiel
◉ Pezzella
◉ Dumfries
◉ LangThe most in a single game in World Cup history. pic.twitter.com/9lz4yMJzxz
— Squawka (@Squawka) December 9, 2022
Beliau bahkan turut mendakwa yang Lahoz tak sepatutnya diberikan tanggungjawab untuk mengadili mana-mana perlawanan lagi di kejohanan pada tahun ini.
Pemenang tujuh kali anugerah Ballon d’Or itu menyatakan bahawa:
“Perlawanan ini tak sepatutnya berakhir dengan cara seperti ini. Saya tak mahu bercakap tentang pengadil kerana mereka menafikan semuanya, tapi semua orang lihat apa yang berlaku.”
“Kami sangat takut sebelum perlawanan kerana kami tahu bagaimana cara dia dan saya rasa FIFA perlu nilai semua tu, kamu tak boleh letakkan pengadil macam dia untuk perlawanan seperti ini.”
Mateu Lahoz's participation in the World Cup has ended. He will not take responsibility in any of the remaining matches.
[COPE] pic.twitter.com/3HkTjQ60jA
— Footy Accumulators (@FootyAccums) December 12, 2022
Permintaan Messi itu sepertinya telah dipenuhi oleh FIFA selepas media Sepanyol, COPE mendakwa yang Lahoz sudah meninggalkan Qatar dan tidak akan terlibat dengan mana-mana baki perlawanan di pentas Piala Dunia pada tahun ini.
Lahoz tidak akan terlibat dengan aksi peringkat separuh akhir, aksi perlawanan akhir dan aksi penentuan tempat ketiga dan keempat.
Messi bukanlah satu-satunya pemain Argentina yang bengang dengan Lahoz kerana Emiliano Martinez juga turut sama sangat kecewa dengan pengadil tersebut.
Martinez mendakwa yang Lahoz sebenarnya sanggup memberikan apa sahaja kepada Belanda hingga menyebabkan skuad kendalian Van Gaal itu berjaya bangkit selepas ketinggalan 2-0.
Mateu Lahoz, aka the worst referee in World Cup history, has been officially relieved of his duties in Qatar.
Now he'll go back to terrorizing games in La Liga 🥴 pic.twitter.com/qvdTiUfOtM
— CABRA Futbol (@cabrafutbol) December 12, 2022
Penjaga gol Aston Villa mendedahkan bahawa:
“Ia merupakan perlawanan yang tricky dan saya rasa kami kawal permainan dengan sangat baik. Kami mendahului 2-0, kami kuasai perlawanan dan pengadil sepertinya telah memberikan segalanya kepada mereka.”
“Dengan tiba-tiba mereka menanduk dengan baik, flick yang bagus yang mana saya tak nampak dan ia mengubah dari mendahului kepada tidak.”
Jelas Martinez.
“Pengadil memberikan segalanya kepada mereka. Dia bagi mereka 10 minit (masa tambahan) tanpa sebab kukuh, 10 minit.”
Messi didn't hold back in his assessment of Mateu Lahoz 😳 pic.twitter.com/gvDHXQpCIv
— FootballJOE (@FootballJOE) December 9, 2022
“Dia bagi sepakan percuma di luar kotak untuk mereka dan ia berlaku dua ke tiga kali, dia nampak macam mahu mereka menjaringkan gol, itu sahaja.”
“Jadi semoga saja kami tak akan dapat pengadil macam itu lagi kerana dia langsung tak berguna.”