Selepas Dihidang Deretan Ucapan ‘Terima Kasih’, Akhirnya Penyokong Penang FC Lega Endrick Kekal

Penang FC Endrick dos Santos kekal 2022

Perkhabaran kapten, Endrick dos Santos kekal bersama Penang FC disambut dengan gembira dan perasaan lega oleh penyokong selepas deretan ucapan ‘Terima Kasih’ kepada para pemain yang meninggalkan pasukan.

Sejak 1 Disember, penyokong Penang FC dihidang dengan posting ‘Terima Kasih’ kepada pemain-pemain yang telah sah meninggalkan pasukan sehingga ada yang bagai sudah berputus asa dengan deretan pemain yang meninggalkan mereka. Bukan sedikit, setakat hari ini, 18 pemain diumumkan telah meninggalkan pasukan.

Umum mengetahui, setiap pasukan boleh mendaftar 30 pemain untuk semusim. Daripada jumlah itu, tampak Harimau Kumbang benar-benar hilang hampir keseluruhan skuadnya yang meraih kedudukan ketiga Liga Super.

Di laman Facebook rasmi Penang FC misalnya, dapat dilihat komentar penyokong mereka yang risaukan nasib pasukan musim depan. “Keluaq belambak-lambak [banyak], hat masuk mana???” titip Muhammad Wafi Zaini.

“Harap jangan ucap “terima kasih” pada mamu Manzoor [Azwira] dan Akmal [Rizal] dah la,” tulis seorang lagi penyokong, Pae Esmaniakth yang risau barisan jurulatih juga akan angkat kaki tinggalkan pasukan. “Lain kali umum bubar team. Kan senang,” ungkap Mohd Redzuan Md Zain pula yang kecewa dengan situasi terkini.

Dan mungkin berseloroh dan cuba untuk sertai kerancakan ucapan ‘Terima Kasih’, pengulas sukan RTM yang juga merupakan penyokong tegar Penang FC, Zachki Ahmad Suri turut memuat naik ucapan yang sama buat dirinya di Facebooknya dengan menggunakan rekaan poster yang sama seperti di laman Facebook Penang FC.

Antara tonggak utama yang meninggalkan mereka adalah Sam Somerville, Azwan Aripin, Amer Azahar, Khairu Azrin Khazali, Al-Hafiz Harun dan Sheriddin Boboev. Ini tidak termasuk yang tamat tempoh pinjaman seperti Ryuji Utomo, Fauzan Fauzi dan tentunya pemain yang mula memikat penyokong Penang FC, Quentin Cheng.

Jelas sekali, mereka bakal bermula semula dengan barisan pemain baharu. Masih belum ada pengumuman rasmi mengenai pemain baharu, namun sudah kedengaran beberapa nama yang bakal menyertai pasukan.

Antara nama yang dikaitkan dengan Penang FC berdasarkan perkongsian beberapa wartawan daripada Astro Arena adalah Faizat Ghazli, Fairuz Zakaria dan Adib Ra’op selain penjaga gol, Hafizul Hakim dari Perak FC.

Selain itu, turut dikhabarkan Penang FC mengekalkan trio import Brazil mereka iaitu Casagrande, Rafael Vitor selain Endrick dos Santos yang telah sah diumumkan akan kekal menyarung jersi skuad Pulau Mutiara itu.

Diharapkan penyokong terus bersabar menanti pengumuman rasmi. Tentunya yang hilang akan berganti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN