Piala AFF 2020: Tan Cheng Hoe Laungkan Keyakinan, Harimau Malaya Sedia ‘Gegar’ Piala AFF

Jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe melaungkan keyakinan beliau yang Harimau Malaya mampu memberikan saingan di Piala AFF tahun ini.

Malaysia yang ditempatkan bersama empat lagi pasukan iaitu Vietnam, Indonesia, Kemboja, dan Laos dilihat mempunyai peluang yang cerah jika konsistensi permainan dapat dipamerkan.

Pada sidang media sebentar tadi, Cheng Hoe memberi gambaran bahawa mereka yakin untuk memberi mutu permainan yang baik dengan para pemain yang dimiliki.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=328346255328264&set=a.273733890789501&type=3

Cheng Hoe juga mahu para pemain sentiasa menikmati setiap permainan yang ada dan mahu mereka untuk beri yang terbaik tak kira siapa lawan sekali pun.

Dalam pada itu, jurulatih Kemboja yang juga lawan pertama Malaysia memberi reaksi bahawa mereka sering menganalisa corak permainan lawan dengan teliti.

Ryu Hirose berpendapat Malaysia merupakan pasukan yang kuat dan beliau akan memberi tentangan yang sengit menjelang perlawanan pertama pada 6 Disember ini.

Ujar beliau, penyertaan pasukan Kemboja dalam saingan Piala AFF ini suatu perkara yang sangat membanggakan pasukan.

https://www.facebook.com/camfootball1933/photos/a.1716867071884127/3143857432518410/?type=3

Ryu menyatakan bahawa mereka akan memberi segala yang terbaik dan berpuas hati dengan prestasi semasa para pemain.

Cheng Hoe turut beranggapan bahawa Kemboja bukan lawan yang harus dipandang rendah dan corak permainan pasukan berkenaan semakin meningkat.

Beliau berharap bahawa para pemain dapat mengikut segala rencana yang dirancang dan tidak sesekali hilang fokus untuk mengelak daripada sebarang masalah.

Leave a Reply