“Selangor Selamanya Sampai Mati” – Andik Vermansah Nafi Kesal Sertai Selangor

Bekas pemain import Selangor yang berasal dari Indonesia, Andik Vermansah menafikan beliau pernah meluahkan kekecewaan kerana memilih ke Selangor dan menolak tawaran kelab Jepun, Ventforet Kofu pada 2013.

Penafian itu timbul selepas laporan awal daripada portal ini yang memetik sumber daripada media Indonesia mengenai pendapat Andik berkenaan perpindahan bek kiri Indonesia, Pratama Arhan ke Tokyo Verdy baru-baru ini.

Penafian itu dilakukan oleh Andik ketika ditanya oleh salah sebuah Selangor_fans Official melalui Instagram.

“Tak yah [payah] percaya ya min [admin]. Orang buat berita je biar panas. Saya tak cakap macam tu. Selangor Selamanya Sampai Mati!” ujar Andik Vermansah seperti yang dipetik daripada Instagram Selangor_fans Official.

Salah konteks?

Semalam kami menyiarkan sebuah laporan mengenai kenyataan Andik yang menyesali pilihannya tidak menyertai kelab Jepun, Ventforet Kofu dan sebaliknya memilih untuk menyertai Selangor pada ketika itu.

“Ya saya pernah di Jepang 1 mingguan di Kofu. Di situ saya uji coba pertama kali dan cetak gol,” beber Andik dilansir dari Kompas.com, Kamis (17/2/2022).

“Orang sana berharap saya tanda tangan, memang ada tawaran. Tetapi waktu itu saya memilih Selangor,” imbuhnya.

“Memang saya sayangkan tapi ini sudah buat pelajaran lah. Biasanya penyesalan belakangan dan ini ya netizen menghina-hina saya, padahal ini mungkin buat seperti Arhan dan lainnya biar mentalnya bagus,” lanjutnya.

Berdasarkan keadaan pada waktu itu, Andik sebenarnya memiliki dua pilihan iaitu sama ada untuk menyertai Kofu atau Selangor.

Pemain itu bagaimanapun memilih untuk menyertai Selangor – pilihan yang beliau kesali pada hari ini kerana keadaan mungkin berbeza sekiranya beliau lebih berani menerima tawaran kekal di Jepun.

https://semuanyabola.com/menyesal-pilih-selangor-pernah-tolak-tawaran-ke-jepun-andik-vermansah-hanya-mampu-doakan-pratama/

Bagaimana pun kami ingin memohon maaf kepada semua penyokong Selangor yang terguris dan juga Andik Vermansah, sekiranya konteks tajuk artikel tersebut disalah ertikan atau tidak menyamai konteks yang disampaikan.

Pelbagai respon telah kami terima dan kami amat menghargai pandangan pembaca kami. Kami bersetuju setiap laporan akhbar harus dilaporkan dengan tepat sesuai dengan konteks dan naratif sebenar penceritaan.

Andik sentiasa legenda Selangor

Andik Vermansah ternyata merupakan pemain yang disayangi oleh para peminat pasukan Selangor. Empat musim bersama Red Giants, pemain ini pernah membantu gergasi Lembah Klang itu merangkul kejuaraan Piala Malaysia pada 2015.

Selain Kofu, Andik juga pernah menjalani latihan dengan beberapa kelab di luar negara, seperti D.C United di Amerika Syarikat.

Media di Indonesia turut melaporkan Andik pernah mendapat perhatian kelab Eropah seperti Inter Milan dan da juga Benfica dari Portugal.

Aksi persahabatan bersama pasukan pilihan Indonesia menentang LA Galaxy turut membuatkan nama Andik semakin dikenali di antara dua nusantara.

Apatah lagi selepas beliau dibentes keras oleh bekas kapten England, David Beckham kerana kelincahannya dalam perlawanan persahabatan pada 2011. Selaing Selangor, Andik turut pernah menyarung jersi Kedah pada musim 2018.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN