‘Tewas Kepada Laos’ – Bekas Pengarah Teknikal FAM Dedah Masalah Skuad Negara Sejak 5 Tahun Lalu

Kekalahan 2-1 skuad kendalian Brad Maloney kepada Laos di kejohanan Piala AFF B-23 semalam menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan pemerhati bola sepak tempatan.

Ramai bertanggapan Laos sepatutnya menjadi lawan mudah buat Malaysia di dalam saingan Kumpulan B. Apatah lagi selepas penarikan diri Indonesia dan juga Myanmar sebelum itu.

Berdasarkan situasi di dalam Kumpulan B, dan rekod pertemuan menentang Laos sebelum ini, pasukan negara dianggap tidak sepatutnya mengalami masalah untuk melangkah ke separuh akhir kejohanan. Namun kini sebaliknya yang berlaku.

Pendapat Peter de Roo

Kurang kreativiti, tumpul, ada kalanya hambar. Itu antara gambaran corak permainan yang ditampilkan pasukan negara ketika menentang Laos.

Tidak ketinggalan memberikan pandangan mengenai kekalahan pasukan negara semalam adalah bekas Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Peter de Roo.

“Bertahan tidak pernah menjadi isu sejak lima tahun lalu. Masalahnya adalah ketika menyerang dan transisi daripada bertahan kepada serangan (penyerang sentiasa terpinggir),” komen Peter de Roo melalui satu ciapan di Twitter.

Ciapan atau komen daripada Peter de Roo itu tiba ketika beliau berkongsi pandangan dengan wartawan The Star, T. Avineshwaran selepas perlawanan.

Melalui ciapan awal, Avineshwaran memuji gandingan tiga pemain pertahanan yang memiliki komunikasi yang baik. Avineshwaran turut berpendapat A. Selvan sebagai antara pemain menyerang yang menyinar di kalangan pemain menyerang yang beraksi.

Jika diteliti kenyataan Peter de Roo, masalah yang beliau nyatakan itu bukan sahaja menghantui pasukan B-23, tetapi juga hampir setiap peringkat usia pasukan negara termasuk pasukan senior kebangsaan.

Masih ada peluang

Dalam perlawanan itu, Selvan berjaya meledak gol pertama perlawanan pada minit akhir separuh masa pertama hasil sepakan sudut di sebelah kanan yang mudah disudahkan pemain ini setelah tidak mendapat kawalan rapi oleh pertahanan Laos.

Laos berjaya menyamakan kedudukan apabila serangan balas pantas yang dibuat mereka berjaya memerangkap pertahanan negara untuk menewaskan Sikh Izhan menerusi tonggak, Bounpachan pada minit ke-56.

Laos sekali lagi mengejutkan kem negara dengan gol kedua berjaya diledak pada minit ke-79 menerusi hantaran Bounpachan dari sebelah kanan yang disudahkan oleh Phetdavhan untuk terus mengecewakan kem kebangsaan yang serba longlai.

Walaupun tewas dalam perlawanan ini, Malaysia masih lagi berpeluang mara ke separuh akhir kejohanan sekiranya berjaya menewaskan laos lebih daripada dua gol selepas ini.

Kedua-dua pasukan akan berentap sekali lagi pada 21 haribulan ini untuk menentukan siapakah yang lebih layak untuk ke separuh akhir.

Berdasarkan apa yang ditampilkan dalam perlawanan ini, sudah tentu skuad negara perlu memperbaiki corak permainan dan lebih tajam di hadapan gawang gol sekirnya mengiimpikan untuk pergi lebih jauh dalam kejonanan ini

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN