“Stop Bullying” – Video Perkenal Jersi Baharu JDT Disertai Mesej Unik Lindungi Kanak-Kanak

Seperti kebiasaan pasukan-pasukan Liga Malaysia akan melancarkan jersi pasukan masin-masing menjelang musim baharu. Antara yang sering menjadi tumpuan semestinya jersi milik juara Liga Super Malaysia (MSL) lapan kali berturut-turut, JDT.

Musim ini jersi ‘Home’ JDT terus tampil dengan inspirasi daripada warna bendera Johor,Ia adalah identiti pasukan Harimau Selatan dalam melakar sejarah dan merangkul kejayaan sejak beberapa musim lalu.

Jersi ‘Away’ pula datang dengan warna putih dan merah jambu – sedikit kelainan berbanding dengan jersi ‘away’ sebelum ini.

Video tarik perhatian

Selain teruja dengan jersi baharu yang dilancarkan, turut menarik perhatian adalah video berdurasi 4 minit 30 saat yang dihasilkan untuk memperkenalkan jersi baharu musim ini.

Video tersebut dibuat dengan plot cerita berkonsepkan budaya buli dalam kalangan kanak-kanak dan remaja yang semakin berleluasa pada masa kini.

Melalui video tersebut, JDT sekeras-kerasnya menentang segala aspek berkaitan budaya buli.

Ia tidak menghairankan mengapa JDT memilih tema anti buli untuk kanak-kanak bagi mempromosi jersi mereka pada musim ini.

Untuk rekod, JDT adalah satu-satunya kelab di Asia yang mempunyai hubungan langsung dengan UNICEF, iaitu sebuah badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang memberi bantuan kemanusiaan dan pembangunan kepada kanak-kanak di seluruh dunia.

Boleh didapati di Shopee

Harga bagi kedua-dua jersi ini boleh didapatkan pada harga RM299 sehelai. Untuk pertama kalinya juga, Nike melancarkan jersi khas untuk saiz Wanita (RM299) dan juga saiz Kanak-kanak (RM235).

Harga jersi 2022 berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini kerana jersi yang dijual kepada penyokong kali ini adalah ‘Stadium Version’ yang menggunakan material (DRI FIT) yang hampir sama dengan rekaan replika.

‘Stadium Version’ menggunakan kain yang lebih berkualiti berbanding ‘Fan Version’ yang dijual pada beberapa tahun yang lepas dimana ia juga menyerupai rekaan asal.

Para penyokong boleh mendapatkan jersi tersebut di JDT Online Store serta pengedar-pengedar berdaftar
Southern Tigers Sdn Bhd (STSB) di semua daerah-daerah di negeri Johor.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN