Selangor Nak Lebur Rekod Bersih JDT? Cubalah Pilihan Terakhir, ‘Parking Bas’

Sesi latihan Selangor vs JDT lebur rekod bersih

Menurut portal Kosmo, Selangor bertekad mahu meleburkan rekod bersih Johor Darul Ta’zim (JDT), tetapi mampukah ia direalisasikan mereka?

JDT menang semua empat perlawanan awal Liga Super 2023 dan akan bertemu Selangor pada aksi kelima di Stadium MBPJ, pada malam nanti.

Walaupun tidak dinyatakan dari mana datangnya kenyataan mereka mahu meleburkan rekod bersih itu, tetapi ia menarik untuk dibincangkan. Kenapa Selangor sebenarnya masih sukar untuk menandingi JDT pada musim ini?

Jika dilihat, pengendalinya, Tan Cheng Hoe cuma menyatakan, setiap pasukan yang akan bertemu JDT akan dengan sendirinya bermotivasi.

Ia adalah jawapan kepada soalan yang diberikan di sidang media selepas mereka meraih kemenangan dramatik ke atas Penang hujung minggu lalu.

JDT adalah JDT. Mereka memiliki skuad yang bagus dan berpengalaman. Mereka juga ada kemampuan [ketajaman] di jentera serangan, mana-mana pemain pun boleh menjaringkan gol. Itulah satu cabaran untuk kita berdepan JDT pada Jumaat nanti,” ulas Cheng Hoe tentang pertemuan dengan JDT.

Semua pasukan yang akan bertemu JDT akan memiliki motivasi yang terbaik termasuklah pemain-pemain saya. Kita kena fokus [dalam sesi latihan dan sesi pemulihan] untuk aksi berdepan JDT nanti,” jelasnya lanjut.

Saya yakin dengan kualiti pemain yang kita ada, kita mampu bagi saingan yag cukup baik buat JDT,” tegas Cheng Hoe tentang aksi tersebut.

Untuk mengatakan Selangor mampu lebur rekod bersih JDT, ia umpama jauh api dari panggang waima dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku.

Selangor masih dalam proses mencari rentak terbaik dalam pentas saingan musim ini, sedangkan JDT pula sudah dalam momentum yang terbaik.

Mereka meraih empat kemenangan memberangsangkan – terbesar adalah ketika membenam Negeri Sembilan tujuh gol tanpa balas dan menang 5-1 ke atas Kelantan pada minggu lalu. Jadi, mereka sedang menikmatinya.

Walaupun berlaku penggiliran pemain dalam skuad Harimau Selatan, ia tidak memberi impak ketara apabila mereka masih mampu menjelmakan keputusan yang baik. Malah, penyerang terbaik mereka, Bergson pun sudah beberapa perlawanan tidak diturunkan dan digantikan Diogo Luis Santo.

Mungkin pada perlawanan malam nanti, Bergson yang telah meledak enam gol dalam lima pertembungan dengan The Red Giants, akan diturunkan.

Ini satu lagi perkara yang perlu dilihat oleh Selangor, ketajaman Bergson.

Termasuk Bergson, sembilan pemain mereka yang lain juga sudah meledak gol pada musim ini – bilangan tertinggi untuk musim 2023 setakat ini.

Ini yang ditekankan oleh Cheng Hoe yang mana beliau mungkin akan menghadapi sedikit kesukaran memikirkan pemain yang perlu dikekang.

Malah, salah satu faktor terbesar adalah kali terakhir mereka berhasil mengatasi JDT adalah pada musim 2017 – kira-kira enam tahun yang lalu.

Mungkin kekuatan mereka adalah beraksi di laman sendiri dan dalam pertemuan terakhir di Stadium MBPJ, ia berakhir dengan keputusan seri 1-1.

JDT adalah cabaran terbesar buat mereka selepas melalui permainan yang dilihat belum cukup lancar dari segi bertahan mahupun menyerang.

Kita boleh lihat bagaimana Selangor bergelut menahan deretan asakan Penang di awal babak kedua di Stadium Bandaraya tempohari dan ia diakui Cheng Hoe yang struktur bertahan mereka masih kurang tersusun.

Mereka masih belum cukup ampuh untuk mencabar kepintaran permainan Harimau Selatan. Kalau mahukan mata, ‘parking’ sahaja bas di bawah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN