Aaron Ramsdale Dianggap Punca Arsenal Tersingkir Dari Saingan Europa League

Penyokong Arsenal menyalahkan Aaron Ramsdale sebagai punca mengapa The Gunners tersingkir dari saingan Europa League selepas tewas kepada Sporting CP.

Segelintir penyokong Arsenal merasakan yang Ramsdale sepatutnya boleh menyelamatkan beberapa sepakan penalti ketika aksi penentuan sepakan penalti bertemu kelab dari Portugal itu.

Skuad kendalian Mikel Arteta itu tersingkir dari saingan Europa League selepas mereka dikejutkan dengan kekalahan 5-3 di tangan Sporting CP menerusi penentuan sepakan penalti di Emirates awal pagi tadi.

Gabriel Martinelli menjadi satu-satunya pemain yang gagal menyempurnakan sepakan penalti, seterusnya mengesahkan kemenangan kepada gergasi Portugal itu.

Namun begitu, tidak ramai peminat yang menyalahkan Martinelli dengan rata-rata dari mereka lebih mempertikaikan persembahan penjaga gol, Ramsdale ketika aksi penentuan sepakan penalti.

Penjaga gol kebangsaan England itu sebenarnya sudah berjaya membaca beberapa tendangan dari pasukan lawan, namun beliau gagal untuk menyelamatkan kesemua sepakan tersebut.

Para penyokong Arsenal di laman twitter mula meluahkan kekecewaan mereka terhadap penjaga gol utama kelab itu dan menganggap beliau sebagai antara punca mengapa Gunners tersingkir.

“Mari kita jujur saja, Ramsdale sepatutnya boleh selamatkan beberapa sepakan penalti tadi bukan?”

“Kita tak akan tersingkir jika Ramsdale lebih bijak ketika aksi penentuan sepakan penalti.”

“Dia memang selalu bermasalah ketika berdepan penalti. Saya tahu sebaik perlawanan masuk ke penentuan sepakan penalti, kita dah kalah sebenarnya.”

“Memang nasib malang, Ramsdale sudah bermain dengan sangat baik dalam perlawanan ini, tapi masuk ke penalti kita memang tak boleh harapkan dia.”

“Rekod penalti dia memang sangat teruk. Itulah satu-satunya hal yang saya tak suka tentang dia. Saya tak pernah rasa yakin dengan dia bila melibatkan sepakan penalti.”

“Terlalu jelas yang dia sepatutnya boleh selamatkan sekurang-kurangnya satu sepakan tapi dia langsung tak berjaya.”

Walau beliau sedang teruk dihentam oleh peminat, namun harus diakui yang Ramsdale juga sebenarnya bermain dengan sangat baik dalam perlawanan ini.

Beliau berjaya melakukan aksi penyelamatan penting pada minit ke-90 dan masa tambahan permainan.

Namun begitu, beliau juga sebenarnya boleh dipersalahkan atas gol penyamaan yang dijaringkan oleh Sporting.

Selepas sah tersingkir dari saingan Europa League, Arsenal kini sepertinya bakal memberi sepenuh tumpuan mereka kepada aksi dalam saingan Premier League.

The Gunners kini merupakan pendahulu dalam saingan Premier League, namun mereka perlu mengelak dari kehilangan mata kerana Man City sedang mengintai kesempatan untuk memintas.

Sporting CP sementara itu sedang menanti undian untuk peringkat suku akhir saingan Europa League dan jelas sekali mereka mahu pergi lebih jauh selepas berjaya menyingkirkan Arsenal yang dianggap sebagai antara calon juara.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN