Martin Odegaard Dianggap Lebih Baik Berbanding Kevin de Bruyne, Kenapa?

Pemain tengah Arsenal iaitu Martin Odegaard dinyatakan kini berada dalam prestasi tersendiri yang jelas sangat positif sehingga melampaui aksi beberapa lagi bintang lain dalam saingan English Premier League (EPL).

Menurut Jamie Redknapp, aksi dipamerkan Odegaard sangat bagus ketika ini sehingga menenggelamkan prestasi semasa Kevin de Bruyne sebagai pemain tengah terbaik saingan liga tersebut.

Kenyataan itu dikeluarkan, selepas Redknapp melihat sendiri corak permainan Odegaard ketika perlawanan membabitkan antara Arsenal dan Fulham baru-baru ini.

Pada perlawanan tersebut, Arsenal sekali lagi berada dalam kelas tersendiri untuk mencatat kemenangan bersih 3-0 mengatasi lawan menerusi aksi yang cukup baik bagi mengatasi Fulham.

Selepas perlawanan tamat, Redknapp jelas memuji aksi yang dipamerkan oleh Odegaard selepas dianggap sangat menonjol di posisi tengah untuk memberi lebih penguasaan bola buat Arsenal.

“Ketika ini Odegaard merupakan pemain nombor satu, tidak ada mana-mana bintang lain mampu mengatasi prestasi semasa beliau.

“Secara normal, kita akan mengatasan Kevin merupakan pemain tengah terbaik EPL dan dunia, tetapi itu tidak betul untuk masa sekarang.

“Ini kerana Kevin tidak konsisten dalam setiap perlawanan seperti kebiasaan berbanding apa dipamerkan oleh Odegaard buat Arsenal.

“Menerusi ketenangan yang dimiliki Odegaard untuk terus menguasai bola, beliau juga mampu meledak gol bersama kaki kirinya, dia pemimpin dan dia sendiri kapten.

“Ya, jelas sekali pada pandangan saya Odegaard merupakan pemain nombor satu EPL ketika ini dan dia memacu kelab dengan sangat bagus.

“Perkara-perkara lain juga dilakukan dengan sangat bagus ketika ini menerusi pemain tersebut. Ketika Odegaard kehilangan bola, dia akan terus menekan kembali pemain lawan,” puji Redknapp menerusi Sportbible.

Menerusi statistik semasa, Odegaard telah pun meledak 10 jaringan bersama enam bantuan gol daripada 26 perlawanan dihadapi.

Manakala Kevin pula telah bermain sebanyak 25 perlawanan dan telah menyumbang empat gol bersama 12 bantuan jaringan bersama Manchester City.

Odegaard jelas menjadi kunci utama kekuatan Mikel Arteta musim ini bersama Arsenal, setelah sumbangannya di posisi tengah jelas layak dipuji ramai pemerhati bola sepak serata dunia.

Sumber:
Sports Bible

Leave a Reply