Selangor MAC dinobatkan sebagai juara saingan CUCKOO Malaysia Cup 2022 selepas kejayaan mereka menewaskan Pahang Rangers 4-3 dalam aksi perlawanan akhir yang dilangsungkan di Kompleks Panasonic Shah Alam.
Dua gol jaringan Khairul Effendy dan dua gol jaringan Firdaus Ambiah sudah cukup untuk membantu Selangor MAC muncul sebagai juara Piala Futsal 2022.
Gol jaringan Ridzwan Bakri, Farhan Khairul dan Akmarulnizam untuk Pahang Rangers sementara itu tidak cukup untuk mereka menyekat Selangor MAC dari bergelar juara.
Here we go!
FINAL! Cuckoo Malaysia Futsal Cup 2022.
Selangor MAC 🆚️ Pahang Rangers FC pic.twitter.com/gSNkZZ5lmb
— TokGajah.com توق ڬاجه.كوم (@TokGajahdotcom) July 23, 2022
Selangor MAC 4-3 Pahang Rangers
Aksi perlawanan akhir ini bermula dengan sangat perlahan dan kedua-dua pasukan dilihat bermain dengan sangat berhati-hati.
Tiada serangan yang benar-benar berjaya dihasilkan oleh para pemain kedua-dua pasukan.
Perlawanan semakin menarik untuk disaksikan selepas kedua-dua Selangor MAC dan Pahang Rangers mula bermain dengan corak permainan lebih pantas.
Pahang Rangers terlebih dahulu membuka tirai jaringan dalam perlawanan ini, sebelum Selangor MAC melakukan comeback untuk mendahului permainan dengan keputusan 4-1.
GOL!!!
Azwann IsmailSelangor Tot United 0-2 Selangor Mac
Cuckoo Piala Futsal Malaysia 2022 pic.twitter.com/GgGzvDQSAZ
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) July 17, 2022
Ketika perlawanan berbaki lima minit sebelum tamat, Pahang Rangers dilihat bermain dengan corak permainan ‘Power Play’.
Tindakan berani Pahang itu sepertinya hampir sahaja untuk membuahkan hasil dengan mereka berjaya meledak dua gol pada akhir-akhir permainan.
Pahang Rangers bahkan berjaya menjaringkan gol ketiga mereka ketika perlawanan berbaki kurang satu minit sebelum wisel penamat dibunyikan.
Sayang sekali skuad Pahang Rangers gagal untuk menjaringkan gol penyamaan dengan Selangor MAC sah bergelar juara selepas pengadil perlawanan membunyikan wisel penamat.
Kemenangan 4-3 sudah cukup untuk menghiburkan para penyokong dan seluruh kem Selangor MAC.
Tahniah Selangor MAC.. Juara Malaysia Futsal Cup 2022https://t.co/ta5GRgxE3P pic.twitter.com/T51Sa7qv00
— Flash Sukan (@FlashSukan) July 23, 2022
Ia merupakan kejuaraan kedua Selangor MAC musim ini selepas mereka sebelum ini turut bergelar juara dalam saingan MPFL.
Insiden pergaduhan sedikit mengganggu perlawanan
Perlawanan menjadi sedikit panas selepas berlakunya pergaduhan antara Ekmal Sharin dari Selangor MAC dengan pemain Pahang Rangers Abu Haniffa Hassan.
Kedua-dua mereka bergaduh di tepi padang selepas mereka bergasak untuk memenangi bola.
Pergaduhan tersebut menjadi semakin kecoh selepas hampir kesemua pemain dan staff masuk campur.
Panas… final Malaysia Futsal Cup Selangor MAC vs Pahang Rangers FC! 🔥 @ASTROARENA pic.twitter.com/UxioVcwQJS
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) July 23, 2022
Kekecohan tersebut berjaya di kawal dengan kedua-dua pemain telah dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan.
Perlawanan akhir yang menarik
Selain insiden pergaduhan itu, perlawanan tersebut jelas sekali sangat menarik untuk disaksikan dengan kedua-dua pasukan berusaha mempamerkan aksi persembahan terbaik mereka dalam perlawanan ini.
Keputusan 4-3 sudah cukup untuk membuktikan yang perlawanan ini sebenarnya sangat sengit dan menarik untuk disaksikan.
Tidak dinafikan juga yang para penyokong kedua-dua pasukan sangat berpuas hati melihat apa yang dipersembahkan oleh para pemain dalam perlawanan ini.
https://twitter.com/harimaumalaya7/status/1550862248888782849?s=20&t=jGF7hPPeyrDj_3UW6yn2dw
Sambutan peminat sememangnya sangat positif dan semoga sahaja ia akan berkekalan dan sukan futsal akan mendapat tempat seperti sukan bola sepak di Malaysia.