Isu Pengadil ‘Sepak’ Fazly Mazlan, Subkhiddin Mahu Yang Bersalah Diadili Dengan Wajar

Semalam, terjadi suatu lagi kekecohan dalam bola sepak negara mengenai isu pengadilan, sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan penyokong untuk memberi pelbagai tanggapan.

Situasi pengadil kali ini terarah kepada perlawanan suku akhir Piala FA membabitkan antara Sabah dan Selangor dalam aksi yang berlangsung di Stadium Likas semalam.

Dalam situasi tersebut, rakaman menunjukkan aksi pengadil perlawanan iaitu Suhaizi Shukri telah melayangkan kaki beliau kepada pertahanan Selangor, Fazly Mazlan.

Situasi itu dilihat agak tegang kerana Fazly bersama beberapa lagi pemain Selangor dilihat cuba membantah keputusan pengadil tersebut setelah beliau memberi sepakan percuma buat tuan rumah.

Fazly pula ketika itu dipersalahkan kerana beliau menjadi pemain yang telah menjatuhkan Baddrol dan jelas dirinya tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut sehingga mencetuskan tindak balas daripada pengadil.

Menurut Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) iaitu Subkhiddin Mohd Salleh, beliau telah pun memberi pandangan tersendiri mengenai perkara tersebut di laman Twitter semalam.

Jelas beliau, tiada sebarang pengecualian perlu diberikan buat mana-mana pihak, dan segalanya perlu diadili sebaik mungkin buat pengadil dan pemain terlibat.

Beliau juga menjelaskan situasi pengadil tersebut mungkin berlaku kerana Subkhiddin berjaya mengesan tindak balas awal tangan Fazlu sebelum itu kepada Suhaizi sehingga terjadinya perkara berkenaan.

“Tiada pengecualian terhadap mana-mana pihak, lebih-lebih lagi pengadil. Yang bersalah perlu diadili sewajarnya.

“Saya perhatikan pemain berkenaan terdapat sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku disitu. Biar mereka diadili sebaik-baiknya.

Sebelum isu semalam, penyokong bola sepak Malaysia terlebih dahulu mempertikaikan kualiti pengadil ketika aksi Liga Premier baru-baru ini ketika aksi Kelantan menentang Johor Darul Ta’zim II (JDT II) yang turut dianggap kurang bermutu.

Pada aksi semalam, Suhaizi dilihat berjaya mengadili perlawanan dengan baik walaupun intensiti permainan dipamerkan agak tinggi sepanjang 90 minit.

Cuma disebabkan insiden beliau mengangkat kaki ke arah Fazly Mazlan sahaja menyebabkan nama pengadil ini menjadi tumpuan dan segalanya terserah kepada pihak bertanggungjawab untuk membuat keputusan serta mengeluarkan kenyataan rasmi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN