Selangor Berjaya Kekalkan Bintang Import Mereka Untuk Musim Depan?

Pemain import Selangor, Yohandry Orozco dilaporkan akan terus kekal bersama pasukan tersebut untuk saingan musim hadapan untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) serta di pentas Asia.

Terdahulu kelibat Orozco bersama rakan penyerang, Ayron Del Valle dipersoalkan menerusi media sosial dalam kalangan peminat bola sepak tempatan jika mereka akan terus kekal atau tidak.

Namun menurut T. Avineshwaran selaku wartawan sukan di laman X beliau menyatakan Orozco akan terus bersama Selangor bagi saingan musim hadapan.

Pemain berusia 31 tahun itu menjadi antara rekrut baharu The Red Giants pada musim ini dan beliau tidak mengambil masa yang lama untuk membuktikan betapa penting dirinya untuk pasukan tersebut.

Bekas pemain kebangsaan Venezeula itu telah pun merekodkan 11 gol musim ini selain turut mencatat 13 bantuan jaringan keseluruhan daripada 29 penampilan keseluruhan buat pasukan tersebut.

Orozco menjadi antara nadi penting Selangor musim ini selepas beliau menjadi watak utama untuk menggerakan siri serangan berbahaya buat pasukan tersebut.

Bawah kendalian Tan Cheng Hoe, sememangnya Selangor menitik beratkan posisi tengah dan kehadiran Orozco memainkan peranan cukup penting untuk menjayakan percaturan taktikal jurulatih tersebut.

Gandingan beliau bersama Ayron pada musim ini juga jelas sangat berbahaya apabila kombinasi kedua pemain sering mengkucar kacirkan pertahanan pasukan lawan.

Jika Orozco benar-benar memilih untuk kekal bersama Selangor, ianya akan menjadi suatu keterujaan buat para peminat yang sememangnya teruja akan prestasi dipamerkan beliau dalam setiap perlawanan dihadapi.

Selain itu, laporan semasa juga menyatakan Selangor turut berjaya mengekalkan pemain kebangsaan Jordan iaitu Noor Al-Rawabdeh selain Safuwan Baharudin masih memiliki kontrak bersama pasukan tersebut.

Selangor juga kini turut dikaitkan bersama seorang lagi pemain tengah berstatus naturalisasi iaitu Liridon Krasniqi dalam usaha mereka untuk memperkasakan pasukan tersebut musim depan.

Walaupun begitu, Cheng Hoe perlu memikirkan solusi terbaharu dalam usaha mereka untuk mendapatkan penyerang import berbisa musim hadapan bagi menggantikan Ayron, jika penyerang dari Colombia itu tidak lagi menyambung kontrak bersama pasukan tersebut selepas dilaporkan dirinya menerima pelbagai tawaran di luar negara.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN