Kenapa MFL Belum Umum Status Penjaring Terbanyak Liga Super 2023?

Sehingga artikel ini diterbitkan, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) masih belum memuat naik sebarang penghargaan atau mengumumkan status penjaring terbanyak untuk saingan Liga Super 2023.

Terdahulu, penyerang import Selangor iaitu Ayron Del Valle sah menjadi penjaring terbanyak untuk saingan Liga Super musim ini selepas beliau merekodkan 23 gol secara keseluruhan.

Walaupun begitu, MFL dilihat masih belum mengucapkan sebarang penghargaan kepada penyerang dari Colombia itu walaupun saingan liga telah pun tamat sejak beberapa hari lalu.

Malah, kali terakhir badan pengelola liga itu memuat naik senarai semasa penjaring terbanyak pada 11 Ogos lalu ketika saingan pada minggu ke-19.

Perkara tersebut dianggap sangat penting, kerana ia bakal mengesahkan status Ayron secara rasminya selaku penjaring terbanyak Liga Super untuk musim ini.

Namun, masih belum ada apa-apa kenyataan dimuat naik oleh MFL di media sosial untuk mengumumkan perkara tersebut dengan sebaliknya Selangor pula telah mengucapkan tahniah kepada Ayron terlebih dahulu.

Sebelum ini juga, MFL juga langsung tidak mengucapkan apa-apa kenyataan tentang Selangor yang berjaya melayakkan diri ke saingan Asia pada musim hadapan.

Tatkala persaingan liga sudah tamat, MFL sepatutnya sudah boleh mengumumkan perkara tersebut selain senarai penjaring-penjaring gol yang lain sebagai wadah info berguna kepada para penyokong.

Tetapi apa yang MFL lakukan pula ialah sebaliknya, dengan mereka memuat naik senarai penjaring terbanyak untuk saingan AFC pada beberapa jam yang lalu.

Apapun untuk memudahkan para penyokong mengetahui status terakhir senarai penjaring terbanyak, Semuanya BOLA telah pun melakukannya di media untuk tatapan semua, dengan Ayron unggul menerusi 23 jaringan.

Di tempat kedua, cabaran sengit diberikan oleh penyerang berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Bergson dengan 21 gol berjaya dilakar beliau walaupun pemain tersebut mengalami sedikit kecederaan pada awal musim.

Fernando Forestieri juga turut mengesahkan status selaku penggempur berbisa ketiga musim ini dalam saingan liga, selepas pemain lincah itu meledak 13 gol secara keseluruhan.

Penyerang import Kuching City, Abu Kamara pula tampil memberi kegembiraan buat para penyokong pasukan tersebut selepas beliau turut menempatkan diri di tangga keempat selaku penjaring terbanyak musim ini.

Arif Aiman Hanapi menjadi satu-satunya pemain tempatan serta paling muda musim ini untuk berada dalam senarai penjaring terbanyak Liga Super di tangga kelima dengan 12 gol berjaya diraihnya.

Secara keseluruhan, barisan serangan JDT mendominasi senarai penjaring terbanyak Liga Super, selepas tiga daripada kedudukan itu diisi oleh para pemain pasukan tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN