Tomislav Steinbruckner Kekal Terajui Terengganu Musim 2024/2025

Pengendali berpengalaman dari Croatia iaitu Tomislav Steinbruckner dengan rasminya kini kekal bersama Terengganu untuk saingan musim 2024/2025 selepas beliau mengharungi detik terbaik bersama pasukan tersebut.

Terdahulu, timbul ura-ura mengenai masa depan Steinbruckner bersama pasukan tersebut tidak kekal lama selepas Terengganu kononnya mengintai kembali khidmat Nafuzi Zain.

Namun, kesahihan itu kini dinafikan selepas pengendali berusia 57 tahun tersebut terus kekal untuk menerajui Terengganu pada musim hadapan dan disahkan sendiri menerusi laman rasmi kelab berkenaan.

“Pengendali Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner secara rasminya akan terus kekal membimbing pasukan ini bagi saingan musim 2024/2025. Tomislav menyatakan beliau cukup bangga melihatkan apa yang telah pasukannya lakukan pada tahun ini.

“Ianya menjadi motivasi untuk beliau untuk menjadikan pasukan ini lebih baik pada musim hadapan. Tahun ini adalah tahun pertama baginya, beliau tidak menafikan ianya sukar untuk permulaan dan kadang-kadang keputusan atau tindakan yang dilakukannya adalah baik untuk pasukan dan kadang-kadang tidak.

“Tetapi beliau tetap ingin para pemain percaya tentang projek yang beliau ingin laksanakan kerananya baginya, Terengganu bukan sahaja mempunyai barisan pemain tempatan yang baik, tetapi kita juga mempunyai begitu ramai pemain muda yang sangat berpontensi dan sentiasa bersedia untuk dinaikkan bersama skuad utama,” jelas kenyataan tersebut.

Musim ini boleh dikatakan ianya cukup menarik buat Steinbruckner selepas beliau berjaya memacu Terengganu di kedudukan keenam terbaik Liga Super, separuh akhir Piala FA, serta final Piala Malaysia selain kekal dengan rekod tanpa kalah di kejuaraan AFC.

Hadir dengan sedikit rombakan dalam kalangan pemain, Steinbruckner juga boleh dianggap sebagai antara jurulatih paling berani mengambil risiko dalam membuat percaturan taktikal.

Paling menarik, beliau berjaya membuktikan anak-anak tempatan juga mampu mengatasi kelebihan import untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama terutama sekali di posisi pertahanan.

Nama-nama pemain seperti Ubaidullah Shamsul Fazili, Safwan Mazlan, Shahrul Nizam, Syahmi Zamri, Engku Nur Shakir, Suhaimi Husin, antara bintang tempatan cukup menyerlah bawah kendalian beliau.

Malah, kelibat bintang import seperti Sony Norde, Nurillo Tukhtasinov, serta Ivan Mamut sendiri antara paling menyakinkan bawah kendalian Steinbruckner.

Untuk saingan musim hadapan, pastinya lebih ramai pemain muda tempatan ingin diperkenalkan oleh Steinbruckner dengan beliau menjadi antara jurulatih di saingan Liga Malaysia (Liga M) berani mempertaruhkan bintang-bintang harapan.

Apapun, kami di Semuanya BOLA berharap Steinbruckner terus konsisten bersama Hairuddin Omar di Terengganu untuk membangunkan lebih ramai para pemain muda berkualiti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN