Trio Berbisa Sabah Kekal Bersama Untuk Saingan Musim Depan

Sabah tampaknya tidak akan membuat beberapa perubahan besar pada musim hadapan, khususnya pada posisi serangan mereka yang sangat berbisa pada tahun ini.

Laporan terbaharu menyatakan pasukan tersebut berjaya mengekalkan trio serangan mereka iaitu Ramon Machado, Darren Lok, serta pemain sayap lincah, Saddil Ramdani untuk saingan musim hadapan dan dinyatakan sendiri menerusi T. Avineshwaran di X.

Seperti diketahui, gandingan ketiga pemain itu antara memainkan peranan cukup penting untuk memberi kejayaan buat Sabah khususnya kini dalam persaingan di pentas AFC.

Walaupun pasukan itu dilanda dengan beberapa isu dalaman, secara keseluruhan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee masih mampu untuk mengekalkan konsistensi mereka pada musim ini.

Ramon Machado beri impak besar

Paling mencuri tumpuan pastinya terarah kepada rangkaian serangan mereka yang diketuai oleh Ramon Machado selepas beliau memberi impak sangat besar sejak menyertai Sabah pada pertengahan musim.

Daripada 11 penampilan dalam aksi Liga Super, Machado telah pun meledak sembilan gol secara keseluruhan selain turut menghasilkan tiga bantuan jaringan.

Di pentas AFC, pemain dari Brazil itu mencatat dua jaringan bersama satu bantuan gol daripada enam penampilan beliau bersama Sabah.

Beliau juga turut merekodkan dua jaringan daripada dua penampilan untuk Sabah bagi saingan Piala Malaysia musim 2023.

Darren Lok seimbang di Asia atau peringkat domestik

Prestasi penyerang kebangsaan, Darren Lok boleh dianggap sangat menarik musim ini selepas beliau bukan sahaja tajam di peringkat domestik, malah sangat berbisa di pentas Asia bersama Sabah.

Untuk saingan AFC sahaja menyaksikan Darren sudah meledak enam gol bersama dua bantuan jaringan secara keseluruhan daripada lima perlawanan dihadapi.

Untuk aksi domestik, 21 penampilan dicatat pemain ini dalam semua kejohanan dan merekodkan enam gol serta tiga bantuan jaringan bersama aksi cukup menyakinkan.

Sudah tentu musim hadapan ketajaman Darren akan terus ditagih Kim Swee selaku antara penggempur utama.

Saddil Ramdani makin ‘menggila’ bersama Sabah

Pemain sayap Indonesia ini terus membuktikan beliau sebagai nadi penting buat Sabah khususnya untuk mendapatkan gol dalam setiap perlawanan dihadapi.

Buktinya, Saddil telah pun menghasilkan 16 bantuan jaringan secara keseluruhan musim ini dalam semua perlawanan dihadapi Sabah termasuk saingan AFC selain merekodkan tujuh gol buat pasukan tersebut.

Kelincahan dimiliki pemain ini akan menjadi aset penting buat pasukan tersebut yang memerlukan kreativiti beliau untuk mendapatkan jaringan penting.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN