Selagi Tiada ‘Bukti’ Main 46 Minit Sahaja, 8 ‘Key Saves’ Khatul Anuar Masih Jadi Kunci Kekuatan Penang

khatul anuar penang fc 2022 liga super

Selagi tiada statistik ‘tempoh’ bermain hanya 46 minit sahaja, lapan ‘saves’ Khatul Anuar masih boleh dianggap antara punca Johor Darul Ta’zim (JDT) ‘mati kutu’ untuk merobek gawang Penang FC dalam aksi Jumaat lalu.

Dalam aksi pertama Liga Super 2022 antara JDT dan Penang, Harimau Selatan berjaya meraih kemenangan tipis 1-0 selepas berhempas pulas, hasil jaringan penyerang sensasi, Bergson da Silva pada minit ke-70.

Ia bukan satu malam yang mudah buat juara Sumbangsih 2022 itu apabila lawan turun dengan formasi 5-4-1 dan pendekatan ‘ultra defensive’ yang menyaksikan tuan rumah bergelut untuk meledak jaringan. Selepas lebih sejam mencuba, akhirnya Bergson berjaya juga memecah kebuntuan hasil hantaran lambung Arif Aiman.

Selain pendekatan bertahan, ketangkasan penjaga gol Harimau Kumbang, Khatul Anuar juga menyukarkan JDT. Deretan percubaan daripada pemain-pemain bintang Harimau Selatan telah berjaya dinafikannya sejak awal.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh sebuah penyedia statistik tidak rasmi Liga Malaysia (Liga M), Data Sukan, jelas penguasaan penuh dipamerkan juara lapan kali Liga Super itu apabila menguasai 75 peratus aksi.

JDT memiliki 28 percubaan dengan lapan daripadanya adalah percubaan tepat. Khatul Anuar menjadi benteng kebal Harimau Kumbang menafikan semua peluang itu. Selebihnya JDT melepaskan rembatan tersasar.

Yang menunjukkan keberkesanan ‘ultra defensive’ Penang adalah apabila mereka membuat 45 interceptions dan 15 clearances sepanjang aksi berbanding lawan yang hanya membuat 24 interceptions dan 1 clearances. Ini menunjukkan Penang lebih fokus dalam bertahan berbanding merencana gerakan dan asakan ke kubu lawan.

https://www.youtube.com/watch?v=e1R_8dPTyz4

Disebabkan ketiadaan Endrick dos Santos dan Casagrande, malah dibarisi majoriti pemain baharu yang masih belum ‘ngam’, ini adalah pendekatan selamat Tomas Trucha dalam usaha untuk membawa pulang satu mata.

Selain itu, disebabkan JDT meningkatkan intensity permainan di babak kedua, pemain-pemain Penang mula merasai kesan apabila mula mengalami kekejangan otot. Ia adalah hasil keberkesanan taktikal JDT sendiri.

Tetapi, rasanya tidaklah sampai hampir separuh aksi perlawanan pemain Penang hanya bergolek dan ‘cedera’.

TMJ meninggalkan komennya di artikel Semuanya BOLA di Instagram berkaitan kenyataan Tomas Trucha di sidang media, tempohari. Namun, ia bukanlah tentang taktikal ‘parking bus’ yang dipraktikkan oleh Penang.

TMJ Dedah Tentang Arahan Taktikal Tomas Trucha – “Pemain Import Penang Cakap…”

“Parking bas ok. Tetapi ‘time wasting’ teruk. Bayangkan ‘stats’ kami menunjukkan kami hanya bermain 46 minit sahaja. Yang lain setiap 10 minit, 7 minit jatuh. Kita sahaja negara di mana setiap kali ‘goalkeeper save’, dia akan baring selama 3 minit. Sampai bila nak macam ni?” soal TMJ terhadap pendekatan yang diguna pakai lawan.

Dan sesuatu yang menarik adalah apabila pemilik JDT itu menyatakan yang pemain import Harimau Kumbang mendedahkan sesuatu kepada jurulatihnya. “Apabila coach kami tanya ‘foreign player’ Penang, mereka cakap coach punya ‘instruction’. Mulai dari minit ke-5 hingga habis,” dedahnya lanjut tentang perkara tersebut itu.

Begitupun, setakat ini, tiada sebarang ‘bukti’ mengenai JDT hanya bermain 46 minit daripada 90 minit aksi. Yang ada hanyalah pendedahan oleh pemilik JDT, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ).

Dan siapa pula pemain import yang dikatakan telah ‘mendedahkan’ perkara itu? Kerana pada malam itu, Penang hanya membariskan dua pemain import iaitu Rafael Vitor di pertahanan dan Hilal El-Helwe di jentera serangan.

Selagi tiada ‘bukti’ kukuh tentangnya, lapan ‘key saves’ Khatul Anuar masih jadi ‘kunci’ penting kekuatan Penang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN