“Pemecatan 12 Ahli Tidak Sah” – Perak FA Digantung Pesuruhjaya Sukan

Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) telah digantung selama enam bulan oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS) daripada sebarang aktiviti bola sepak bagi membolehkan proses pemilihan semula kepimpinan jawatankuasa baharu dibuat semula.

Ibrahim Mohd Yusof selaku Pesuruhjaya Sukan (PJS) menjelaskan mengenai pihaknya bakal mengeluarkan notis tunjuk sebab dalam masa 14 hari terlebih dahulu, sebelum bakal mengambil tindakan menggantung organisasi itu selama enam bulan bagi membolehkan pemilihan jawatankuasa baharu dibuat dalam tempoh tersebut.

“Jika mereka cepat mengadakan pemilihan jawatankuasa baharu itu, maka cepatlah kemelut ini selesai dan kita akan semak semula tempoh penggantungan itu.

“Kita turut memutuskan bahawa ahli jawatankuasa PAFA yang masih sah sehingga kini ialah yang dipilih dan diputuskan dalam pemilihan bagi sesi 2018-2021,” katanya menerusi Berita Harian.

Ibrahim mengeluarkan kenyataan tersebut setelah beliau menghadiri sesi pertemuan dan dialog bersama jawatankuasa PAFA yang dihadiri Pemangku Presiden dan Pemangku Setiausaha Kehormat PAFA, Datuk Mohammad Yadzan Mohammad dan Datuk Seri G Irudianathan bersama wakil blok Persatuan Bolasepak Melayu Perak (PBMP) yang dihadiri Tajul Hasnan Omar di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak, di sini, hari ini.

Dalam masa sama, beliau juga turut mengakui segalanya berpunca dari kegagalan persatuan tersebut mengikuti perlembagaan yang telah ditetapkan bagi memecat 12 ahli gabungannya mengapa kemelut dalam tersebut boleh berlaku.

Tambah Ibrahim, menerusi semakan yang dibuat oleh dokumen kedua-dua pihak tersebut, mereka mendapati 12 ahli gabungan PAFA telah membentuk blok PBMP yang dibuat secara tidak sistematik selain tidak berpandukan perlembagaan PAFA.

Jelas beliau, keputusan daripada kongres luar biasa (EGM) PAFA yang telah dibuat 12 ahli gabungan yang dipecat itu juga nyata tidak sah serta boleh dipakai kerana masalah teknikal iaitu berhubung dengan kelayakan ahli gabungan.

“Kita juga sudah maklumkan bahawa PAFA, bersama dengan ahli yang dipecat secara tidak berperlembagaan itu perlu adakan semula kongres bagi pemilihan jawatankuasa yang baharu bagi menerajui PAFA.

“Oleh sebab pemecatan itu tidak sah, ahli gabungan berkenaan perlu juga dibabitkan dalam kongres pemilihan itu nanti namun masih lagi tertakluk kepada perlembagaan PAFA terutamanya mengenai kehilangan kelayakan sekiranya gagal membayar yuran sebagai ahli gabungan.

“Berdasarkan rekod, kita dapati 12 ahli gabungan terbabit tidak layak mengadakan EGM kerana mereka tidak membayar yuran keahlian PAFA. Sebab itu mereka hilang kelayakan dan hak untuk adakan EGM,” katanya.

Selain itu, Ibrahim juga menyatakan beberapa perkara turut akan diserah serta ditentukan sendiri oleh pihak peguam ketika beliau ditanya mengenai keabsahan segala bentuk urusan dan perjanjian sebelum itu dengan pihak luar sewaktu dalam tempoh penggantungan, bahkan sebelum dari itu lagi termasuk dalam urusan jualan Perak FC.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN