5 Kelab Yang Memiliki Ketua Pasukan Paling Teruk Musim Ini

Kepentingan ketua pasukan dalam setiap pasukan sememangnya antara hal yang tak boleh dipandang remeh, kerana pengaruh yang mereka bawa bakal beri impak kepada skuad.

Setiap pasukan juga sudah tentu akan ada pemain berbakat dan menerima gaji yang sangat tinggi, namun peranan mereka ini juga, belum tentu setanding dengan ketua pasukan.

Ketua pasukan tak semestinya pemain terbaik dari skuad mereka, dan apa yang penting dari ketua pasukan adalah cara mereka mempengaruhi serta memimpin rakan sepasukan yang lain.

Mereka juga bakal menjadi role model untuk setiap pasukan baik di dalam mahupun di luar padang.

Namun sudah tentu akan ada impak yang tidak begitu baik, seandainya ketua pasukan sendiri tidak berada di tahap persembahan terbaiknya sepanjang musim itu.

tidak berprestasi dalam satu dua perlawanan itu sudah lumrah dalam dunia bola sepak, namun andai tak berprestasi dalam hampir semua perlawanan pada satu-satu musim itu, ia jelas sangat bermasalah.

Sukar untuk mereka mempengaruhi pemain lain, seandainya mereka sendiri tidak berada di tahap persembahan terbaik.

Berikut merupakan senarai lima kelab yang memiliki ketua pasukan yang paling tidak berada di tahap persembahan terbaik mereka pada ketika ini.

5) Barcelona – Sergio Busquets dan Gerard Pique

Barcelona akhirnya berjaya kembali mendapatkan tahap persembahan terbaik mereka, selepas dikendalikan oleh legenda kelab, Xavi Hernandez.

Mereka pada ketika ini sedang mengharungi lapan perlawanan tanpa mencatatkan sebarang kekalahan dan ia jelas satu rekod yang boleh dibanggakan.

Selepas mengharungi aksi awal musim yang sangat mendukacitakan, Barcelona kini berjaya untuk kembali menduduki kedudukan ketiga dalam carta saingan La Liga.

Walau bagaimanapun, aksi yang ditunjukkan oleh dua ketua pasukan mereka, Sergio Busquets dan Gerard Pique sepertinya tidak begitu menyumbang apa-apa kepada skuad pada ketika ini.

Sergio Busquets pada ketika ini jelas sekali tidak berada di tahap persembahan terbaiknya dan jelas sekali ia mungkin kerana beliau sudah sampai ke penghujung kariernya.

Pique pula merupakan seorang lagi ketua pasukan Barcelona, yang mana beliau mempunyai pengaruh yang cukup besar di bilik persalinan.

Walau bagaimanapun, aksi dan persembahan beliau di atas padang sejak kebelakangan ini sedikit membimbangkan Xavi Hernandez.

4) Atletico Madrid – Koke dan Jan Oblak

Juara bertahan saingan La Liga, Atletico Madrid dijangka sukar untuk memenangi sebarang kejuaraan musim ini kerana aksi tidak menentu yang ditunjukkan oleh mereka.

Segelintir pemain utama dari skuad Rojiblancos itu tidak berada di tahap persembahan terbaik mereka pada ketika ini dan menyebabkan Atletico sering mencatat keputusan yang mengecewakan.

Ketua pasukan, Koke dan Jan Oblak juga merupakan antara pemain yang sedang tidak berprestasi pada ketika ini, dan persembahan yang mereka persembahkan juga sangat mengecewakan.

Bahkan terdapat juga dakwaan yang menyatakan bahawa Atletico bermain dengan lebih baik ketika ketiadaan Koke di atas padang.

Jan Oblak sememangnya antara pemain yang dikenali sebagai penjaga gol terhebat dalam dunia bola sepak, namun pada musim ini persembahan beliau sedikit merosot.

Beliau telah mencatatkan 47 bolos dari 36 perlawanan sepanjang musim ini, dengan Jan Oblak hanya mampu mencatatkan 10 clean sheet sahaja sepanjang tempoh tersebut.

Penjaga gol berusia 29 tahun itu merupakan penjaga gol yang mencatatkan statistik peratusan penyelamatan kedua tertinggi (80%) dalam saingan La Liga musim lalu.

Namun pada musim ini beliau hanya mampu mencatatkan 55.2% sahaja dan ia merupakan catatan paling rendah dalam saingan La Liga.

3) Everton – Seamus Coleman

Everton berjaya mengakhiri saingan Premier League di kedudukan ke-10 pada saingan musim lalu, dan lebih menakjubkan lagi, mereka hanya tujuh mata sahaja dibelakang Chelsea yang berada di kedudukan keempat.

Boleh dikatakan ia pencapaian yang agak baik walaupun mereka gagal untuk mendapatkan slot ke kejohanan Eropah pada musim ini.

Walau bagaimanapun, pada musim ini Everton sedang melalui fasa paling teruk sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Lebih mengeruhkan keadaan lagi, ketua pasukan mereka, Seamus Coleman turut berada di tahap persembahan terburuk sepanjang kariernya di Goodison Park.

Pemain berusia 33 tahun itu sebelum ini senantiasa menjadi nadi penting di posisi pertahanan untuk skuad The Toffees.

Namun pada musim ini beliau jelas sekali tidak berada di tahap persembahan terbaiknya dengan bintang Ireland itu hanya mampu menjaringkan satu gol dan mencatatkan satu assists sahaja dari 22 perlawanan sepanjang musim ini.

Lebih teruk lagi, beliau juga gagal membantu barisan pertahanan Everton untuk mencatatkan clean sheet dan merekodkan bolos yang banyak.

Pemain berusia 33 tahun itu merupakan ketua yang bagus, namun di usia beliau, sepertinya beliau terlalu sukar untuk bersaing di pentas seperti Premier League.

Everton pada ketika ini sedang berada di kedudukan ke-17 dalam carta saingan liga, dan mereka juga sangat berpotensi untuk tersingkir ke saingan Championship musim hadapan.

2) Leicester City – Kasper Schmeichel

Leicester City merupakan sebuah lagi pasukan yang sedang tidak berada di tahap persembahan terbaik mereka pada ketika ini.

The Foxes gagal untuk mengakhiri saingan Premier League di kelompok empat teratas sejak dua musim kebelakangan ini.

Namun musim ini mereka jauh berada di kedudukan ke-12 dalam carta saingan liga, dan ia jelas sekali bukan hal yang baik untuk skuad Leicester.

Mereka merupakan pasukan keenam paling teruk dari segi bertahan dan Leicester kebiasaannya akan bergantung penuh kepada ketua pasukan mereka, Kasper Schmeichel.

Walau bagaimanapun penjaga gol mereka kini sudah tidak berada di tahap persembahan terbaiknya dan kerana itu jugalah Leicester kerap dibolosi sepanjang musim ini.

Pemain berusia 35 tahun itu turut ada mempamerkan aksi persembahan yang baik ketika bertemu pasukan seperti Chelsea, Napoli, Liverpool, Manchester City dan West Ham.

Namun satu hal yang pasti, persembahan beliau sepanjang musim ini sememangnya tidak berada di tahap terbaiknya.

1) Manchester United – Harry Maguire

Senarai ini memang ditulis sempena aksi hambar Maguire sepanjang musim ini, maka dengan itu, agak tidak manis andai nama beliau tidak ada ditulis dalam senarai ini.

Kebanyakan penyokong Manchester United sejak awal musim lagi sudah mendesak pihak kelab supaya menukar ketua pasukan, kerana mereka tidak mahu bintang England itu terus menjadi ketua.

Tidak keterlaluan untuk katakan yang Harry Maguire merupakan pemain paling tidak berprestasi dalam saingan Premier League pada ketika ini.

Boleh dikatakan setiap perlawanan yang beliau mainkan, sudah tentu beliau akan lakukan setidak-tidaknya satu atau dua kesilapan.

Kesilapan yang beliau lakukan juga turut menyebabkan Manchester United keciciran mata dan tewas dalam beberapa perlawanan.

Seandainya pemain berusia 29 tahun itu tidak memperbaiki persembahan beliau untuk baki musim ini, maka tidak hairanlah andai musim depan beliau akan sekadar memanaskan bangku simpanan sahaja.

Tak habis tulis kalau hendak disenaraikan kesalahan dan kesilapan yang dilakukan oleh pemain pertahanan England itu, namun satu hal yang pasti beliau sememangnya antara pemain paling tidak berprestasi dalam saingan Premier League musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN