Sekilas Liga M3: SAINS Pastikan KL Rovers Tak Selesa Di Kedudukan Teratas

Saingan Liga M3 terus bersambung di minggu keempat semalam, dengan menyaksikan semua perlawanan telah pun berlangsung dengan kedudukan antara pasukan semakin sengit di tangga teratas.

Kuala Lumpur Rovers ketika ini terus mengukuhkan kedudukan mereka selaku pendahulu liga untuk memastikan tiga mata dalam genggaman, setelah menewaskan Melaka menerusi keputusan penuh, 2-0 di gelanggang lawan.

Melaka yang tidak dibarisi penyerang berbisa mereka iaitu Guilherme de Paula jelas tampil dengan serba kekurangan di posisi hadapan untuk mendapatkan sebarang gol.

Dua gol KL Rovers terhasil menerusi Muhamad Rafie serta Faris Hafiz untuk memastikan kemenangan Sains terus cemerlang melebarkan rekod tanpa kalah.

Pesaing terdekat mereka iaitu SAINS juga tidak ketinggalan untuk mengekori rapat KL Rovers, selepas cemerlang mengetepikan cabaran Imigresen menerusi jaringan tunggal daripada Ridhwan Dul Fakar.

Kedua pasukan teratas iaitu KL Rovers serta SAINS kini berkongsi 12 mata dengan hanya dibezakan oleh jumlah jaringan sahaja.

Harini Selangor FT juga tampil mengekori rapat kedua pasukan teratas tersebut dan berpeluang untuk menghuni takhta liga selepas pasukan tersebut kini mengumpul 10 mata hasil kemenangan ketiga mereka, setelah menundukkan Armed Forces menerusi keputusan penuh 2-1.

Lain-lain perlawanan pada minggu keempat liga menyaksikan:

  • Malaysia University 1-0 PIB Shah Alam (Zulkarnain Nasir 32’)
  • Sarawak United 4-1 Naga Ultimate KS (Ahnaf Danish 5’ 45’, Abdul Rahim 82’ C. Enting 90+3’/ Shahrul Afif 72’)
  • Perlis United 1-0 Manjung City (Hamizul Izaidi 90+3’)
  • Kuala Kangsar BRM 0-4 Bukit Tambun (Syukur Saidin 36’ 70’ 89’, Syafiq Heelmi 77’)

Antara mencuri tumpuan ialah jaringan hatrik daripada Syukur Saidin yang tampil dengan sangat tajam setelah bekas penyerang Penang itu sangat menonjol untuk mengatasi Kuala Kangsar BRM.

Untuk Naga Ultimate, musim ini menjadi sesuatu yang sangat mengecewakan buat psukan tersebut selepas masih gagal untuk meraih sebarang kemenangan selepas mengharungi empat perlawanan.

Ketika ini, pasukan tersebut kekal berada di tangga tercorot selepas gagal untuk mengutip sebarang mata hasil empat kekalahan berturut-turut dilakar mereka.

Selain Naga Ultimate, Manjung City dan Kuala Kangsar juga masih belum menemui kemenangan pertama mereka. Bezanya, pasukan tersebut lebih baik kerana memperoleh keputusan seri untuk memperoleh mata.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN