5 Rekod Baharu Dipecahkan Oleh Harry Kane Sepanjang Dalam Saingan EPL

Penyerang kebangsaan England iaitu Harry Kane menjadi antara pemain paling mencuri tumpuan musim ini, ekoran konsistensi beliau di jentera serangan jelas tidak terhakis malah makin bertambah baik.

Selaku penyerang utama buat Tottenham Hotspur, sandaran penuh pastinya diletakkan kepada beliau yang perlu mencipta gol dalam setiap perlawanan dihadapi untuk memastikan pasukan tersebut meraih kemenangan.

Walaupun begitu, ini bukan musim yang terbaik buat Kane bersama Hotspurs, selepas pasukan tersebut sering mencatat kekalahan serta corak permainan mereka kurang menyakinkan dalam persaingan liga.

Namun, Kane tetap mempamerkan sesuatu yang menyaksikan para penyokong masih boleh bersorak kepada beliau dan pasukan setelah beberapa rekod baharu dicatat pemain tersebut.

Terbaharu, Kane tampil selaku wira buat pasukan selepas penyerang tersebut berjaya meledak gol tunggal untuk memastikan Hotspurs kembali meraih tiga mata penting.

Jaringan tersebut menjadikan Kane pada musim ini telah pun meledak 26 gol secara keseluruhan daripada 35 penampilan bersama pasukan selain turut mencipta tiga bantuan jaringan.

Apa yang menarik, Kane secara rasminya telah pun memintas rekod Wayne Rooney untuk menjadi penjaring gol kedua terbanyak sepanjang zaman dalam saingan English Premier League (EPL) menerusi 209 jaringan dihasilkannya.

Tempat pertama ketika ini masih lagi unggul dimiliki oleh bekas penyerang legenda iaitu Alan Shearer dengan jumlah 260 gol yang pastinya ingin dipintas oleh Kane.

Harry Kane juga tampil dengan rekod jaringan cukup berkualiti selepas pemain ini memastikan telah meledak 25 gol ke atas sebanyak empat musim sepanjang karier bersama Hotspurs dalam saingan EPL.

Selain itu, Kane juga melakar rekod ketiga untuk menjadi pemain paling banyak mencipta gol sepanjang perlawanan ‘London Derby’ ketika ini dan sukar untuk diatasi mana-mana penyerang lain.

Rekod keempat menyaksikan Harry Kane secara rasminya telah pun meledak 100 jaringan di gelanggang sendiri selepas gol tunggal beliau semalam memastikannya.

Sebelum itu, Kane juga telah pun mengesahkan rekod sebagai penjaring yang telah meledak 100 gol di gelanggang lawan. Ini bermakna, secara keseluruhan penyerang tersebut sudah pun meledak 209 gol keseluruhan daripada 317 perlawanan.

Akhir sekali, Kane yang kita ketahui merupakan penyerang yang mempunyai tandukan berbisa di hadapan gol dan sudah pun dibuktikannya di atas padang musim ini.

Ketajaman tandukan beliau itu menjadikan Kane kini melakar rekod sebagai pemain paling banyak menjaringkan gol dengan menggunakan kepala dan mengatasi penyerang-penyerang lain dengan 10 jaringan terhasil.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN