Sekilas Liga M3: KL Rovers Kini Di Puncak, Melaka Akhirnya Menang

Liga M3

Persaingan merebut kejuaraan Liga M3 diteruskan dengan beberapa pasukan telah menonjolkan kredibiliti mereka untuk meninggalkan kelab-kelab lain.

Selepas tiga perlawanan, dominasi telah mula ditonjolkan oleh Kuala Lumpur Rovers dan SAINS apabila menyapu bersih tiga mata pertama liga.

KL Rovers terus meraih kemenangan, kali ini dengan menumbangkan Naga Ultimate 4-1 di laman sendiri.

Dua jaringan daripada Amer Saidin dan Fahmi Sabri cuba mudah untuk menafikan cabaran Ultimate yang hanya meraih satu gol sahaja menerusi Saiful Saifaiz.

Sementara SAINS pula merakamkan kemenangan tipis ke atas BRM Kuala Kangsar di Paroi.

Jaringan tunggal oleh Alif Samsudin pada minit ke-84 sudah cukup untuk memisahkan kedua-dua pasukan yang beraksi di hadapan 601 penyokong semalam.

Hasil daripada kemenangan oleh kedua-dua pasukan ini membolehkan mereka menduduki kedudukan dua teratas liga dengan jumlah mata yang sama.

Ianya hanya dibezakan perbezaan jaringan yang lebih baik oleh KL Rovers yang meletakkan mereka di puncak liga.

Pasukan popular Liga M3, Melaka akhirnya berjaya mendapat kemenangan sulung apabila menewaskan Bukit Tambun dengan jaringan 1-0.

Satu-satunya gol yang terhasil di Stadium Hang Jebat adalah menerusi penyerang sensasi Guilherme De Paula pada minit ke-53.

Sementara itu, seksa terus datang buat Sarawak United apabila terus mencatatkan kekalahan ketiga apabila ditewaskan oleh Malaysia University.

Dua gol dalam masa enam minit oleh Syahir Rahman serta Saiful Iskandar pada minit ke-10 dan minit ke-16 sudah cukup untuk memastikan Sarawak terus hampa memasuki tiga perlawanan.

Berikut merupakan baki tiga perlawanan lain pada minggu ketiga:

  • Armed Forces 1-1 Manjung City (Yuaizzat Mohamad 86’/Syamin Baharudin 20′)
  • PIB Shah Alam 1-2 Harini (Nor Ubaidullah 77’/Zulkiffli Zakaria 8′ 51′)
  • Imigresen 3-2 Perlis United (Azim Rahim 45+2′, 71′, Naaim Firdaus 69’/Amir Adha 35′, Ikmal Ibrahim 40′)

3 gol jadi pemisah

Selepas tiga perlawanan, KL Rovers dan SAINS kini sedang memimpin liga dengan sembilan mata.

Namun begitu, kelebihan tiga gol dimiliki oleh Rovers memastikan mereka di depan SAINS untuk menjadi pendahulu liga.

Sementara Harini dan Imigresen mengekori rapat kedua-dua pasukan tersebut dengan mereka hanya dipisahkan dengan dua mata sahaja.

Sementara buat Sarawak dan Ultimate, mereka perlu menunggu lagi untuk menikmati sekurang-kurangnya mata pertama dalam saingan liga.

Sudah tiga perlawanan, namun tiada lagi mata buat mereka yang kini merupakan dua pasukan terbawah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN