Pengurus Juventus, Andrea Pirlo nyata kecewa dengan persembahan anak buahnya ketika hanya mampu seri 1-1 bertemu Hellas Verona pada perlawanan kelima di Allianz Stadium, awal pagi.
Keputusan tersebut menyaksikan Juventus hanya mampu mencatatkan sembilan mata untuk menduduki tangga kelima Serie A 2020/21 selepas hanya mencatatkan dua kemenangan dan tiga keputusan seri.
Meskipun menguasai sebahagian besar perlawanan dan melakukan 22 percubaan [enam percubaan tepat] pada perlawanan ini, ia masih belum mampu untuk mencatatkan kemenangan ke atas skuad bimbingan Ivan Juric itu.
Keadaan itu juga menyaksikan buat kali kedua berturut-turut Juventus gagal untuk mencatatkan kemenangan dalam saingan liga menentang Verona selepas The Old Lady sebelum ini kecundang 1-2 bertemu lawan yang sama pada Februari lalu.
”Kami tidak begitu agresif pada separuh masa pertama. Kami menunggu mereka [melakukan serangan] dan kami tidak mencipta peluang terbaik.”
”Kami hanya memberikan reaksi yang baik selepas mereka mendahului perlawanan, tetapi kami seharusnya ‘menampar muka sendiri’ untuk kembali bangkit dan bermain dengan intensiti.”
”Apabila anda bermain dengan Verona atau Atalanta, ia memang satu kesukaran kerana mereka akan membawa anda ke situasi ‘satu lawan satu’ di seluruh padang.”
”Kami bekerja keras untuk mengelakkan tekanan tinggi daripada mereka di mana ia membuahkan hasil pada separuh masa pertama.”
”Amat sukar untuk berdepan mereka tetapi kami seharusnya melakukan dengan lebih baik lagi,” ujar Pirlo menurut laporan dikeluarkan Goal.
Pada perlawanan tersebut, pasukan pelawat berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-60 menerusi Andrea Favili sebelum pemain muda Juventus, Dejan Kulusevski kembali menyamakan kedudukan berselang 10 minit kemudian.
Kredit featured image: Mattia Ozbot/Soccrates/Getty Images
Baca artikel lain dari kami mengenai Pirlo:
Andrea Pirlo: Bergelar Pengurus Membuatkan Saya Lebih Tertekan
Andrea Pirlo: Seri Bertemu Roma Satu Langkah Ke Belakang Buat Kami
Kaka: Andrea Pirlo Faham Bola Sepak, Bakal Jadi Pengurus Yang Unik