Sejauh Mana Kontrak ‘Super Lumayan’ Mbappe Di PSG Bakal Merosakkan Ekosistem Bola Sepak?

Kylian Mbappe PSG

Hasrat penyokong Real Madrid untuk melihat Kylian Mbappe menyarung jersi putih keramat di Santiago Bernabeu belum tercapai selepas bintang Perancis tersebut memilih untuk kekal di Paris Saint-Germain (PSG).

Perkara tersebut juga telah menimbulkan kemarahan Presiden La Liga, Javier Tebas yang mendakwa tawaran lumayan PSG untuk mengekalkan Mbappe di Parc de Princes merupakan “satu penghinaan kepada bola sepak”.

Penyerang Perancis bekenaan secara rasmi memperbaharui kontraknya dengan juara Ligue 1 tersebut, hanya beberapa hari selepas dilaporkan telah menandatangani perjanjian awal untuk menyertai Los Blancos pada musim depan.

Kemarahan Tebas juga terarah kepada Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi yang dianggap sebagai perosak kepada bola sepak Eropah.

Apa kata Tebas?

Beberapa jam sebelum Mbappe secara rasmi menolak perpindahan ke La Liga dan mengambil keputusan untuk kekal di Paris, Tebas sempat menyelar PSG kerana menawarkan kontrak mewah yang dianggap satu ancaman seperti Super League yang menjadi kontroversi sebelum ini.

“Perjanjian Mbappe Rosakkan Integriti & Penuh Skandal” – La Liga Heret PSG Ke Muka Pengadilan

“Bagaimana PSG mampu memperbaharui kontrak Mbappe dengan jumlah wang yang begitu besar?” soal Tebas.

“Ia adalah sebuah skandal untuk kelab seperti PSG, selepas pada musim lalu merekodkan kerugian lebih daripada €220 juta, dan kerugian berjumlah €700 juta pada musim-musim sebelumnya (setelah terdapat laporan pendapatan daripada penajaan yang meragukan).

“Kos untuk kakitangan [pemain dan jurulatih] sahaja adalah sekitar €650 juta untuk musim 2021/22 ini.Bagaimana [PSG] dibenarkan berkompromi menandatangani pemain tanpa melihat keseluruhan struktur pembayaran ini.”

Wang adalah raja

Kemampuan PSG untuk mengikat Mbappe dengan kontrak lumayan selain mengekalkan bintang-bintang lain di kelab tersebut pastinya menimbulkan persoalan, adalah merreka tidak terikat dengan peraturan Financial Fair Play (FFP)?

FFP pada awalnya diperkenalkan oleh Persekutuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) untuk membantu mengurangkan jurang antara kelab bola sepak agar sukan ini dilihat lebih adil buat semua pasukan yang bertanding di Eropah.

Namun seperti yang kita tahu, peaturan yang diperkenalkan oleh Persekutuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) ini telah mendapat banyak cemuhan dan kritikan selepas kes melibatkan Manchester City.

Kelab Liga Perdana Inggeris berkenaan didapati bersalah melanggar peraturan FFP kerana pemalsuan penyata tajaan, namun berjaya mengetepikan hukuman penggantungan beraksi di pertandingan Eropah selepas membuat rayuan di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Malah kelab yang dimiliki oleh jutawan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Syeikh Mansour tersebut juga berjaya mengurangkan hukuman denda yang sepatutnya dikenakan sebanyak €30 juta kepada €10 juta sahaja.

Kelemahan penguatkuasaan FFP ini turut dikecam oleh individu-individu pentign dalam bola sepak seperti pengurusn AS Roma, Jose Mourinho dan  CEO Bayern Munich, Karl-Heinz Rummenigge kerana menganggapnya tidak memberi apa-apa makna dalam pasaran perpindahan.

FSR ganti FFP

Melihat adanya kelompongan pada peraturan di bawahnya, UEFA dijangka memperkenalkan peraturan baharu yang lebih ketat iaitu Financial Sustainability Regulations (FSR).

Menurut laporan New York Times, peraturan baharu itu tidak membenarkan kelab berbelanja untuk kos operasi pasukan melibatkan gaji pemain, yuran perpindahan dan lain-lain melebihi 70 peratus daripada jumlah pendapatan.

Kaedah seperti ini tidak jauh berbeza dengan Program Kawalan Ekonomi (ECP) La Liga yang dianggap sangat ketat sehingga menghalang Lionel Messi untuk terus kekal di Barcelona pada awal musim ini sebaik sahaja kontraknya berakhir di Nou Camp.

Memahami Peraturan Kawalan Ekonomi La Liga Yang Memisahkan Messi Dengan Barcelona

Menerusi ECP, pada awal musim setiap pasukan bertanding diwajibkan untuk menyerahkan bukti serta dokumen mengenai sumber pendapatan dan kekuatan kewangan kelab dari sudut kemampuan untuk menampung kos operasi dan perbelanjaan pasukan sehingga akhir musim.

Ia akan dinilai secara terperinci dari sudut pendapatan yang terhasil dari penajaan, keuntungan perniagaan, pemasaran, pelaburan serta struktur pembayaran hutang.

Audit akan dibuat untuk menentukan tahap kemampuan setiap kelab bertanding bagi memastikan tiada pasukan yang berbelanja lebih daripada had yang dibenarkan.

Had gaji yang diperkenalkan oleh La Liga ini telah pun dipersetujui secara demokratik iaitu menerusi undian majoriti oleh semua ahli gabungan atau kelab-kelab bertanding sebagai langkah terbaik untuk setiap pasukan tidak berbelanja melebihi kemampuan kewangan mereka.

Berdasarkan sat laporan yang diterbitkan oleh Ligue de Football Professionnel (LFP), badan pemantau untuk liga profesional Perancis, PSG telah pun kerugian €224.3 juta pada musim 2020/21.

Dengan status kewangan seperti itu, tidak sepatutnya mereka mempunyai kemampuan untuk menawarkan kontrak mewah kepada Mbappe jika tertakluk kepada peraturan FSR.

Memandangkan FFP telah dianggap seperti ‘sarkas’ yang tidak mampu menghalang ‘kuasa wang’ dan FSR pula masih belum sempat dikuatkuasakan oleh UEFA, PSG telah pun membuat satu sambutan gilang gemilang meraikan pengekalan Mbappe di stadium mereka sebelum perlawanan berdepan Metz pada awal pagi tadi.

Penutup

Maka tidak hairanlah mengapa Tebas selaku individu nombor satu di La Liga menjadi individu paling berang dan menganggap PSG ‘bermain kotor’ iaitu menggunakan kuasa wangnya untuk mengekalkan Mbappe.

Penyerang berusia 23 tahun itu bakal menjadi pemain dengan pendapatan tertinggi dunia dengan bayaran menjangkau £1 juta seminggu – selepas menerima bayaran sigining-on fee sebanyak £100 juta.

PSG turut memberikan hak imej kepada pemain itu, selain pembayaran bonus untuk setiap gol yang dihasilkan dan pencapaian lain seperti sekiranya memenangi Ballon d’Or dan UEFA Champions League.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN