“Perjanjian Mbappe Rosakkan Integriti & Penuh Skandal” – La Liga Heret PSG Ke Muka Pengadilan

Pentadbir pertandingan bola sepak domestik Sepanyol, La Liga menganggap perjanjian terbaru Paris Saint-Germain (PSG) untuk mengekalkan Kylian Mbappe di Parc des Princess sebagai satu skandal.

Dakwaaan tersebut adalah berdasarkan kerugian yang direkodkan oleh PSG pada musim lalu yang mencecah €220 juta.

La Liga juga mendakwa situasi tersebut juga bermakna integriti sukan bola sepak kini turut terancam.

Mbappe bakal menjadi pemain yang menerima bayaran tertinggi dunia dengan bayaran menjangkau £1 juta seminggu – selepas menerima bayaran sigining-on fee sebanyak £100 juta.

PSG turut memberikan hak imej kepada pemain itu, selain pembayaran bonus untuk setiap gol yang dihasilkan dan pencapaian lain seperti sekiranya memenangi Ballon d’Or dan UEFA Champions League.

Tawaran Real Madrid

Sebelum ini penyerang Perancis itu dilaporkan sah meninggalkan Ligue 1 untuk menyertai Real Madrid pada penghujung musim ini selepas perjanjian asalnya bersama PSG tamat pada 30 Jun.

Real sanggup membayar [telah membida] sehingga £194 juta untuk mendapatkan Mbappe pada musim panas lalu, dan pada musim panas ini seolah-olah akan mendapatkan pemain itu secara percuma.

Los Blancos turut menawarkan bayaran gaji sebanyak £20 juta setahun selepas cukai dan £110 signing-on fee.

Jumlah keseluruhan pelaburan disediakan untuk Mbappe oleh Real Madrid sebelum ini dilaporkan sekitar £300 juta.

La Liga failkan dakwaan

La Liga menegaskan akan memfailkan dakwaan terhadap PSG kepada UEFA, pihak pentadbir dan fiskal kesatuan eropah untuk mempertahankan dan mengekalkan ekosistem ekonomi bola sepak di rantau itu.

“Perjanjian sebegini menyerang ketahanan ekonomi bola sepak eropah, dan membuatkan ratusan atau ribuan jawatan lain di dalam risiko. Begitu juga dengan integriti di dalam sukan bola sepak.

“Ia adalah sebuah skandal untuk kelab seperti PSG, selepas pada musim lalu merekodkan kerugian lebih daripada €220 juta, dan kerugian berjumlah €700 juta pada musim-musim sebelumnya (setelah terdapat laporan pendapatan daripada penajaan yang meragukan).

“Kos untuk kakitangan [pemain dan jurulatih] sahaja adalah sekitar €650 juta untuk musim 2021/22 ini.Bagaimana [PSG] dibenarkan berkompromi menandatangani pemain tanpa melihat keseluruhan struktur pembayaran ini.

Mbappe gembira

Mbappe sudah tentu meluahkan kegembiraan untuk terus kekal beraksi di Perancis.

Selain daripada bayaran yang tinggi, laporan turut mendedahkan pemain itu akan diberikan kuasa ‘pemilikan kelab’ seperti menentukan jurulatih, pengarah teknikal kelab, dan bakal pemain yang akan dibawa masuk pada masa hadapan.

Pengerusi dan CEO PSG, Nasser Al-Khelaifi berkataa: “Komitmen Kylian terhadap PSG adlaah perkara bersejarah untuk kelab dan merupakan detik terbaik untuk penyokong kelab di seluruh dunia.”

Mbappe disambut dengan meriah di dalam padang ketika perlawanan bertemu Metz pada awal pagi tadi dan meraikannya dengan jaringan hatrik.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN