Terkejut Dengan Kualiti Baik Pemain Yang Dipanggil, Siapa Yang ‘Takjubkan’ Kim Pan-gon?

Kiim Pan-gon Malaysia Harimau Malaya terkejut

Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon dipetik berkata yang beliau terkejut dengan kualiti yang dipamerkan barisan pemain yang melapor diri untuk kem skuad kebangsaan untuk perlawanan antarabangsa selepas ini.

Malaysia bakal berdepan Brunei dan Hong Kong dalam aksi persahabatan sebelum beraksi dalam pusingan kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil menentang Bahrain, Bangladesh dan Turkmenistan.

Pan-gon telah menyenaraikan 30 pemain untuk menyertai kem skuad kebangsaan kali ini, sebelum beliau mengecilkan sedikit skuadnya untuk kelayakan Piala Asia yang bakal bermula pada 08 hingga 14 Jun depan.

Hanya dua perubahan dilakukannya daripada senarai awal iaitu penyertaan V. Ruventhiran menggantikan Khair Jones yang dikhabarkan mengalami kecederaan dan tambahan pemain baharu untuk melengkapkan senarai 30 pemain iaitu bek tengah, Shahrul Nizam Ros Hasni – kedua-duanya kali pertama bersama skuad kebangsaan.

Memberikan respon selepas beberapa sesi latihan bersama skuadnya di Stadium Nasional Bukit Jalil dan juga padang Wisma FAM, Kelana Jaya, pengendali kelahiran Korea Selatan itu tampil memuji kualiti baik pemainnya.

“Kualiti pemain adalah melebihi jangkaan awal saya. Semua pemain beri komitmen penuh [di sesi latihan], jadi semua dalam keadaan baik.”

Kim Pan-gon, New Straits Times

Sekian Lama Menyepi, De Paula Dipanggil Semula Kim Pan-gon Sertai Latihan Pusat Harimau Malaya

Siapa agaknya pemain yang telah mengejutkan Pan-gon? Mustahil pemain yang pernah bersamanya pada panggilan Mac lalu kerana mereka telah dipantau prestasinya. Jadi, mungkin pemain-pemain yang baharu menyertai kem Pan-gon kali ini yang telah mengejutkannya. Jadi, siapa yang baru menyertai skuad negara?

Daripada 30 pemain yang telah melapor diri, hanya sebelas pemain tersebut kali pertama berdepan Pan-gon.

Mereka adalah Matthew Davies, Afiq Fazail, Syihan Hazmi, Junior Eldstal, Norshahrul Idlan Talaha, Guilherme de Paula, Syahmi Safari, Darren Lok, Nazmi Faiz Mansor, Ruventhiran dan Shahrul Nizam Ros Hasni.

Dua pemain iaitu Syahmi Safari dan Darren Lok telah dipanggil sebelum ini, namun tiada dalam skuad akhir untuk beraksi di Singapura dalam FAS Tri-Nations Series berdepan Filipina dan Singapura pada Mac lalu.

Kedua-duanya langsung tidak menyertai kem latihan sebelum ini disebabkan isu keluarga dan kecederaan.

Siapa dikalangan sebelas pemain ini yang telah membuat Pan-gon terkejut dengan kualiti yang dimiliki?

Mungkin pemain seperti Matt Davies, Afiq Fazail, Nazmi Faiz dan Darren Lok adalah pemain yang melebihi jangkaan awalnya. Mereka antara pemain yang mempamerkan prestasi baik bersama pasukan mereka.

Itu belum lagi Pan-gon memanggil Amri Yahyah yang menunjukkan prestasi menakjubkan dalam saingan liga sejak kebelakangan ini. Pasti beliau akan lebih terkejut dengan tahap kecergasan Amri Yahyah yang kini telah berusia 41 tahun – beraksi dalam enam daripada tujuh perlawanan Sabah FC.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN