Sejarah AFC Fiorentina: Dari Kelab Gimnastik Kepada Simbol Renaissance Bola Sepak Itali

Associazione Calcio Firenze Fiorentina ataupun dikenali sebagai Fiorentina merupakan kelab berpengkalan di kota renaissance Florence, Itali.

Fiorentina agak kurang dikenali bagi orang yang tidak familiar dengan bola sepak Itali berbanding kelab-kelab gergasi Itali iaitu Juventus, AC Milan, Internazionale ataupun dua buah kelab Rome, Roma dan Lazio serta kelab Naples, Napoli.

Namun Fiorentina mempunyai keindahan dan sejarah yang tersendiri seiring dengan keindahan kota Florence itu sendiri.

Asal-usul Fiorentina



Bola sepak di Florence bermula sekitar 1898 dengan penubuhan Florence Football Club yang dipengaruhi oleh bola sepak Inggeris pada zaman tersebut.

Bagaimanapun pada tahun 1909 Florence FC tidak lagi wujud dalam rekod tempatan.

Ketika itu, wujud dua buah kelab bola sepak pada 1913 iaitu Club Sportivo Firenze dan Palestra Gimnastica Fiorentina Libertas yang asalnya merupakan kelab sukan berbasikal dan gimnastik.

Kedua-dua buah kelab tersebut bertahan sehinggalah selepas Perang Dunia Pertama. Pada tanggal 26 Ogos 1926, kedua-dua kelab sukan ini digabungkan menjadi satu kelab atas saranan presiden kelab Firenze.

Maka lahirlah ACF Fiorentina.

Bermula daripada divisyen ke-2 Itali

Fiorentina diserapkan ke divisyen ke-2 Itali selepas penubuhan kelab. Perlawanan rasmi pertama mereka berlangsung pada 3 Oktober 1926 menentang Pisa dengan kemenangan 3-1.

Hanya pada musim 1929-30 Fiorentina menggunakan kit ikonik berwarna ungu mereka.

Pada era 30-an, Fiorentina atau La Viola menjuarai Serie B sebanyak tiga kali dan layak ke Serie A.

Fiorentina memenangi Coppa Italia pertama kelab pada musim 1939-40 selepas mara ke separuh akhir menewaskan Milan 5-0 dan Lazio 4-1.

Hidup baru di Serie A

Era 1946-1955 selepas Perang Dunia Kedua, Fiorentina mula mendapat rentak di Serie A dan menamatkan musim pada era tersebut di kedudukan top 10.

Fulvio Bernardini (gambar) mengetuai kelab menjuarai liga pertama mereka pada 1956-57, dan mara ke perlawanan akhir Piala Eropah sebelum tewas di tangan Real Madrid.

fulvio

Fiorentina menambah 2 koleksi Coppa Italia pada era 60-an menewaskan skuad Inter kendalian Helenio Herrera di separuh akhir Coppa Italia selain turut menjuarai UEFA Cup Winners Cup.

Kejuaraan liga kedua Fiorentina hadir pada musim 1969-70 hasil kendalian pengurus Bruno Pesaola 13 tahun selepas Scudetto pertama.

giornale003

Era Baggio, Batistuta

Fiorentina kembali menjuarai Coppa Italia ke-4 pada musim 1974-75.

Kemudian, Fiorentina diambil alih oleh pemilik baru, iaitu keluarga Pontella pada 1980.

Tahun 1985 menandakan kemunculan bintang baru Fiorentina dan Itali, Roberto Baggio di mana beliau menjaringkan gol pertama menentang skuad Scudetto Napoli yang dibintangi Maradonna.

Fiorentina seterusnya mara ke perlawanan akhir Liga Europa dan hampir tersingkir dari Serie A di mana mereka tewas ke tangan Juventus pada perlawanan pertama 3-1.



Selepas penjualan Baggio ke Juventus, Vittorio Cecchi Gori mengambil alih dari keluarga Pontella.

Gori membawa masuk bintang seterusnya, Gabriel Omar Batistuta dan beberapa high-profile signing.

Claudio Ranieri mengemudi kelab menjuarai Coppa Italia ke-5 pada 1995-95 sebelum meninggalkan Fiorentina untuk mengurus Valencia.



Trio Batistuta, Costa, Edmundo

Kelab kemudiannya dikendalikan Alberto Malesani sebelum digantikan oleh Giovanni Trapattoni.

Ketika itu, Fiorentina mempunyai trio serangan terkuat yang dbarisi oleh trio kesayangan peminat, iaitu Batistuta, Rui Costa and Edmundo.



Trapattoni gagal membawa Fiorentina menjuarai liga. Tambah parah, Fiorentina terpaksa merelakan pemergian Batistuta ke Roma selepas menjadi penjaring terbanyak kelab dengan 152 gol. Ini adalah resepi kejatuhan Fiorentina.

Era kejatuhan Fiorentina

Walaupon menjuarai Coppa Italia ke-6, Fiorentina dibebani dengan hutang dan diisytiharkan bankrap pada tahun 2002.

Seorang usahawan kasut, Diego Della Valle mengambil alih kelab di bawah nama Associazione Calcio Fiorentina e Florentia Viola.

Fiorentina terpaksa bermula dari bawah di divisyen ke-4 Itali sebelum menjuarai Serie C2 2002-03 dan kembali ke kancah Serie B selepas kes Catania dan dipromosi atas sebab ‘sports merits’.

Prandelli mengembalikan kemasyhuran Fiorentina



Dari C2 ke kemenangan termasyhur di Anfield, Cesare Prandelli mencipta sejarah sebagai pengurus paling lama berkhidmat pada 2005-2010. Prandelli juga bertanggungjawab membawa masuk pemain ikonik seperti Luca Toni dan Sebastian Frey.

Pada ketika bola sepak dilanda skandal Calciopoli, Fiorentina hampir disingkirkan ke Serie B seperti Juventus, namun hanya didenda penalti 12 mata.

Prandelli kembali membawa kelab ke kancah Liga Europa dan seterusnya mara ke peringkat 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara Eropah edisi 2009-10.

Fiorentina mengetuai peringkat kumpulan selepas menang ke atas Liverpool di Florence serta Anfield.



Selepas Prandelli mengambil alih jawatan pasukan Itali, Siniša Mihajlović dan selepas itu legenda Roma, Vincenzo Montella menggantikan beliau.

Kini Fiorentina diurus oleh Paulo Sousa, bekas defensive midfielder Portugal yang pernah memenangi kejuaraan Champions League dengan Juventus dan Borussia Dortmund.

Di bawah Paulo Sousa, Fiorentina kini sedang mencabar kejuaraan Serie A. Fiorentina kini menghuni tangga ke-2 Serie A selepas 16 perlawanan.

Nota editor: Artikel ini ditulis oleh Luqman Syn Hakim, pelajar Sains Komputer, peminat Serie A, follower pasukan Roma dan Fiorentina, serta peminat Alberto Gilardino dan Francesco Totti.

Sila like page beliau, AFC Fiorentina Malaysia untuk mendapatkan info-info terkini Fiorentina dalam bahasa Malaysia.

Baca juga: 10 Pemain Dengan Gaji Paling Tinggi Dalam Serie A

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN