Falcao, Diego Costa, Wayne Rooney Kena Troll Dalam Kempen Derma Krismas Di UK

Dengan Krismas yang hanya tinggal seminggu, penyokong Leicester sedang menikmati masa terindah dalam hidup mereka. Ketika ini, Leicester sedang mendahului liga selepas 16 perlawanan.

Pada awal musim, Leicester langsung tak diberi peluang oleh pundit dan media yang rata-ratanya menjangkakan Leicester bakal bergelut di zon penyingkiran.

Contohnya, laman web ESPN pada bulan Ogos 2015 menjangkakan Chelsea menjadi juara liga dan Leicester di tangga tercorot liga.

leicester

Salah satu sebab Leicester berjaya menyangkal jangkaan pundit dan media adalah kerana jentera serangan mereka mempunyai Jamie Vardy – penyerang yang sudah menjaringkan 15 gol setakat ini.

Untuk meringankan ‘beban’ penyokong Chelsea dan Manchester United yang terpaksa berdepan dengan kenyataan penyerang mereka sedang off-form, syarikat perjudian Ireland melancarkan kempen Crap Strikers Appeal.

Kempen Crap Strikers Appeal ini bertujuan untuk menggalakkan penyerang yang sedang in-form untuk menderma 1 atau 2 gol mereka kepada penyerang yang kurang bernasib baik.

Dalam video yang dikeluarkan di laman web rasmi kempen tersebut, Paddy Power menggalakkan penyerang in-form seperti Jamie Vardy, Olivier Giroud dan Odion Ighalo untuk menderma 1-2 gol mereka kepada Radamel Falcao, Wayne Rooney, Diego Costa, Gabriel Agbonlahor dan Connor Wickham.

Jangan terlalu ambil hati, penyokong Chelsea dan Manchester United. Kempen ini hanya gurauan (banter) daripada Paddy power sahaja.

Baca juga: Philipp Lahm Bermain Sebagai Penyerang Bayern, Belasah Pasukan Amatur 6-1

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN